Jejak Rasul di tv3

Mari kita menjelajah tempat-tempat sejarah Rasulullah dan rasul-rasul sebelumnya dengan menonton Jejak Rasul di tv3.

Jejak Rasul  adalah rancangan sejarah Islam dan sejarah rasul-rasul terdahulu, yang  menarik dalam rancangan ini ialah  ia bukan hanya mengkhabarkan sejarah lampau sahaja malahan ia membawa kita menjelajah ke tempat-tempat bersejarah itu.

Rancangan Jejak Rasul ini masih lagi disiarkan di tv3 setiap hari pada jam 6 petang, sehingga hari ini baru 15 episode yang telah ditayangkan. Sesiapa yang ketinggalan  dari Episode 1 hingga ke 15, masih boleh menonton di halaman ini;

http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=819%20&ShowID=873&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=35900&VideoID=54359#ancPlayer

Episode 1 hingga 10

Trilogi Suara Kebenaran : Srikandi

Episode 1 – Syaidatinah Sitti Khadijah bte Khuwalid r.a.

Segala pengorbanan dan kesetiaan beliau terhadap Rasulullah s.a.w.

Episode 2 – Zainab dan Sitti Fatimah Zahrah bte Muhammad Rasulullah s.a.w.

Zainab puteri sulung, lahir sebelum Islam, beliau teruji akibat kekafiran suaminya. Fatimah lahir 5 tahun sebelum Islam , sewaktu Rasulullah menyelesaikan pertelingkahan perletakan Hajr Aswad, beliau digelar Ummi abiha iaitu ibu kepada ayahnya.

Episode 3&4 –  Sitti Hajar dan Sitti Mariyam bte Imran.

Sitti Hajar seorang hamba dan Sitti Mariyam pula seorang dara yang memelihara dan membesarkan anak mereka tanpa suami.

Episode 5 –  Ummu Ma’bat Al-Khuzaingi’ dan Asma’ bte Abu Bakar.

Ummu Ma’bat wanita badawi pemurah yang diketemui oleh Rasulullah sewaktu dalam perjalanannya ke Madinah. Asma’ seorang wanita yang memberi sumbangan yang sangat besar sewaktu penghijrahan Nabi dan ayahnya.

Episode 6 – Ummu Salamah dan Zainab Al-Jash.

Ummu Salamah memberi pandangan beliau terhadap perjanjian Udaibiyyah. Zainab Al-Jash pada mulanya dikahwinkan dengan Harith tetapi perkahwinan mereka gagal dan akhirnya dinikahi oleh Rasulullah s.a.w.

Episode 7 – Syaidatinah Aisyah bte Abu Bakar.

Beliau menjadi bahan rujukan ulama’ dari segi hadith, Qura’an dan Fiqah.

Episode 8 – Musaibah bte Ka’ab dan Asyifa’ bte Abdullah

Asyifa’, beliau seorang  guru wanita  yang pertama dan mempunyai  kelebihan dari segi perubatan. Musaibah di gelar sebagai wanita besi di atas keberaniannya yang turun di medan perang.

Episode 9 – Syafiyah bte Abdul Mutallib dan Khaulah bte Al-A’zwa

Syafiyah ibu saudara Rasulullah, beliau wanita pertama yang berjaya membunuh musuh Islam Yahudi dalam peperangan Khandak. Khaulah pejuang wanita yang bersama dengan panglima Khalid bin Al-Walid menentang tentera Rom.

Episode 10 – Asiah permaisuri Raja Firaun yang zalim dan gila, ibu asuhan Nabi Musa a.s.

Episode 11 dan seterusnya .

Trilogi Suara Kebenaran: Yahudi dan Bani Israel.

Mencari kebenaran siapa Israel yang sebenarnya dan pengambaran disekitar bumi Palestine , Bandar Hebron dan Masjid Ibrahim, yang bersemadi di dalamnya maqam Nabi Allah Ibrahim  Khalilullah a.s dan ahli keluarganya; isterinya Sitti Sarah, anakya Nabi Isyhak a.s, cucunya Nabi Ya’kub a.s  dan cicitnya Nabi Yusuf a.s.

About bintangzohra

I am who I am and I do what I have to do. My worship, my sacrifice, my living, my dying are for HIM

Posted on August 26, 2010, in Excerpt/Petikan and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s