Bercuti Ke Utara Semenanjung Malaysia

Tahun ini aku sekeluarga bercuti ke utara semenanjung Malaysia.

Seperti biasa kami ke Gunung Ledang ’rumah no 2 kami’ kerana di sinilah selalunya tempat kami bercuti setiap tahun.

Berkemah 1 malam di Kolam Puteri sebelum meneruskan perjalanan kami ke utara.


Destinasi selanjutnya  kami ke Pulau Langkawi.


Menaiki ferry pertama jam 7.30 pagi dari Kuala Kedah. Kami menginap di CD hotel  di Pantai Chenang selama 2 malam.

Makam Mahsuri tempat pertama kami lawati apabila sampai sahaja di Langkawi sebelum check-in hotel.

Oriental Village – Cable Car Langkawi,cafe,pusat permainan dan membeli belah.

Seronok dapat menyuap makanan ke mulut arnab dan rusa, harga makanan hanya RM1.00

Seven Wells Waterfall – Air Terjun Telaga Tujuh. Tak larat nak mendaki sampai puncak, hanya sampai di tingkat 1.

Durian Peringin Waterfall – air terjun 2 tingkat
Air Hangat Village – Telaga air panas kini sedang di dalam proses ubah elok.

Kilim River- Sewa bot RM200 untuk ke Gua Kelawar, lubuk helang dan kolam ikan.

 Kolam Air Panas di Ulu Legong Kedah


Beginilah keadaan tengahari di sini, berbeza dengn waktu malam, sebenarnya kami terlupa membawa camera ketika bermandi di sini pada malam tu.

Berehat di Puncak Banjaran Titiwangsa



Gunung Stong di Kelantan


3 hari di tempat yang sunyi dan jauh dari kesibukan kota. Hanya aku sekeluarga sahaja yang bermalam di resort ini.

Kota Bharu – berjalan-jalan dan membeli belah di Pasar Siti Khadijah, kemudian singgah di Pantai Cahaya Bulan sambil bermain layang-layang.

About bintangzohra

I am who I am and I do what I have to do. My worship, my sacrifice, my living, my dying are for HIM

Posted on December 31, 2010, in My diary and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 11 Comments.

  1. Assalaamu’alaikum sahabatku BintangZohra…

    Salam terakhir buat 2010 dan huluran mesra tahun 2011.

    Alhamdulillah, semoga kehadiran tahun baru akan menyemarak semangat kita untuk terus mengejar impian yang tertunggak di tahun 2010. Harapan yang tinggi untuk kita meneruskan kehidupan yang lebih bermakna di samping beramal dan melakukan ibadah dengan lebih berkesan.

    Hadapi hari esok dengan lebih optimis dan tinggalkan hari kelmarin dengan teladan juga sempadan yang membuahkan kejayaan. belajarlah dari pengalaman lalu untuk mencipta sejarah masa depan.

    SELAMAT TAHUN BAHARU 2011.
    Salam mesra dari Sarikei, Sarawak.

  2. Subhanallah… percutian yang sungguh bermakna dan penuh dengan pengalaman yang bermanfaat untuk dikenang sepanjang hidup. sungguh seronok sekali dapat melawat banyak tempat dalam tempoh percutian yang lama. Tempat yang dilawati juga cukup mencabar dan memberi pengetahuan baharu buat anak-anak tentunya kan. Kita orang tua ni hanya menemani sambil menjadi pemandu pelancung buat anak2 yang tentunya excited dengan pengalaman sebegini.

    foto2nya sangat menarik sekali terutama langkawi. Insya Allah tahun depan dalam rangka percutian ke sana. Apa sudah bawa anak-anak ke under water world atau di singapura lebih besar lagi. Syabas dapat melihat bumi Allah dengan mata kepala sendiri. sesungguhnya bumi Allah ini sangat indah untuk dinikmati.

    Salam mesra selalu.

    • Mu’alaikumsalam Fatimah teman yang jauh di mata
      Semuga hidup kita sama-sama senantiasan diberkati dan dirahmati buat selama-lamanya.
      Alhamdulillah, kerana saya sekeluarga dapat peluang sebegini. Cuti kalau bersama anak-anak memang seronok tetapi mencabar juga kalau ada anak kecil kerana nak melayan kerenahnya.
      Kami pernah melawat water world di singapura, cuma si bongsu aje belum lagi.
      Terima kasih, ingat-ingat selalu saya di sini.

  3. Wah, pasti menyenang kan sekali ya bu, berlibur seperti itu,, menyaksikan pemandangan alam memang bisa menghilangkan lelah setelah beberapa bulan bekerja dengan rutinitas..
    Ohya, gambar pemandangannya indah sekali..

    salam kenal,

  4. Kapan ya aku bisa melancong seperti anda?

  5. kok ngak ajak2 kalau mau liburan bu …. heeeeeeeee
    wah jalan2 terus yach pastinya banyak fulusnya

  6. Seronoknya berjalan.. i wish dapat jalan2 mcm ni..

Leave a reply to anaklangkawi Cancel reply