Matahari Digigit Bulan dan Pancuran Meteor

Tahun 2011 dimulakan dengan peristiwa astronomi terbesar, pancuran meteor dan gerhana matahari turut menyambut tahun baru ini.

Hujan tahunan meteor atau dikenal sebagai ‘The annual Quadrantid meteor shower’ dapat dilihat dengan jelas di Amerika, Eropa dan Asia pada 3 January dari  jam 3 petang hingga hampir 4 January jam 1 pagi. Meteor shower Quadrantid adalah peristiwa astronomi besar tetapi ia jarang kelihatan kerana keadaan cuaca pada bulan Januari.

Gerhana matahari sebahagian atau ‘partial solar eclipse’ berlaku pada hari Selasa 4 January. Gerhana itu dapat disasksikan di Eropah, Utara Afrika dan Timur Tengah sewaktu matahari terbit. Sedangkan di Russia dan Utara Barat Cina ia berlaku pada sewaktu  matahari hampir terbenam. Bentuk matahari jika dilihat dari Eropa walaupun ada tempat yang diselindung awan, ia kelihatan seperti bulan sabit, tetapi jika dilihat dari Timur Tengah ia kelihatan seperti digigit oleh bulan.

Walaupun gerhana kali ini terjadi pada awal tahun Masihi, tetapi di dalam bulan Islam ia masih di dalam bulan yang sama, Muharram. Dua gerhana di dalam satu bulan. Gerhana bulan pada 15 Muharram  dan gerhana matahari pada 29 Muharram 1432.

This slideshow requires JavaScript.

Tarikh dan Jenis Gerhana sepanjang tahun 2011 di ambil dari NASA Eclipse Web Site

04 Jan: gerhana matahari sebahagian – partial solar eclipse

01 Jun: gerhana matahari sebahagian – partial solar eclipse

15 Jun: gerhana bulan penuh – total lunar eclipse

01 July: gerhana matahari sebahagian – partial solar eclipse

25 Nov: gerhana matahari sebahagian – partial solar eclipse

10 Dec: gerhana bulan penuh – total lunar eclipse

About bintangzohra

I am who I am and I do what I have to do. My worship, my sacrifice, my living, my dying are for HIM

Posted on January 6, 2011, in Astronomy and tagged , , . Bookmark the permalink. 10 Comments.

  1. Sayangnya aku gak pernah tengok pancuran meteor, kemalaman sih…

  2. wah bunda benar-benar ahli nujum yach …. heeeee

  3. Assalaamu’alaikum sahabatku, Zohra…

    Subhanallah, ayat-ayat kebesaran Allah kerap sekali berlaku dalam setahun ya. Pasti semua ini sebagai satau peringatan kepada manusia agar menonggak ke langit tinggi bagi memikirkan kehebatan penciptanya dan mensyukuri diri atas segala nikmat yang diberikan selama ini.

    Semoga apa yang dipaparkan di lukisan alam buana ini akan menjadikan kita hamba Allah yang tahu siapa diri sendiri. Amiin.

    Salam senyum manis selalu.

    • Mu’alaikum salam wr wb

      Benar Fatimah, apa yang berlaku sekarang di alam maya ini telah di khabarkan kepada kita hampir seribu lima ratus tahun yang lalu melalui Al-Quraan dan Hadith. Semuga kita senantiasa dipelihara NYA dari lupa diri. Dan bagi sesiapa yang berfikir, semuga mereka mendapat petunjuk akan kebenaran agamaNYA.

      Salam dari saya Zohra, ingat-ingat selalu saya di sini.

  4. salam buat adinda khotijah mana jilbanya, semoga di beri hidayah, salam dari kaka di Jawa Timur Indonesia!

    • Beginilah keadaan di Singapura Bachree, mereka di larang bertudung di dalam sekolah, saya berdoa agar bila anak-anak saya bertudung , biar kekal terus dipakainya jangan separuh jalan.
      Yang penting jaga hati dan akhlak jangan sampai rusak.

  5. oh gitu ta bun, di indonesia malah kita lagi menyuruh anak-anak berkerudung ….. iya yang penting ahlaqnya bun! semoga jadi anak soleha, salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s