selagi bernafas

Do what makes you happy
– Lakukan apa sahaja yang membuat kau bahagia; tetapi janganlah kau merasa bahagia apabila kau menganiaya, menindas dan berbuat tidak baik antara satu sama lain. Itu zalim namanya.

Be with who makes you smile
-Senantiasa bersama dengan orang yang membuat kau tersenyum; tetapi biarlah orang yang membuat kau tersenyum itu ikhlas untuk membahagiakanmu, bukan ada muslihat di sebalik perbuatannya itu.

Laugh as much as you breathe
-Ketawalah selagi kau bernafas; tetapi biarlah ketawa itu kena pada tempatnya kerana dunia ini bukan tempat untuk ketawa, jangan sampai kau khayal berada di tempat persinggahan ini.

Love as long as you live
-Cinta sepanjang hayat kau; kerana cintaNYA kita hidup dan kerana rahmatNYA kita diciptakan. Janganlah mempersia-siakan perasaan cinta dan kasih sayang yang dipinjamkanNYA kepada kita, munafaatkanlah ia sebaik mungkin.

About bintangzohra

I am who I am and I do what I have to do. My worship, my sacrifice, my living, my dying are for HIM

Posted on February 1, 2011, in Mutiara/Words of Wisdom and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. 8 Comments.

  1. Yang paling sip yang terakhir, apalagi bagi orang yang masa mudanya sudah lewat, karena masa muda adalah masa pancaroba, masa yang penuh godaan, dan setelah menikah, waktunya untuk mendekatkan diri pada-Nya.

    • terima kasih Zulfah, benar tu…sebelum terlambat.
      cinta adalah perasaan yang datang dari naluri semula jadi, tetapi bagi suka mempermain-mainkan perasaan itu dia tidak akan terlepas dari hukum karma.

  2. hidup di dunia adalah sebuah perjalanan yang pasti berakhir dengan kematian. selama menempuh perjalanan ini kita boleh tersenyu, tertawa, bahagia, sedih, benci, dan cinta. namun semuanya harus tetap dalam koridor sebuat kata IBADAH, biar semua ingat bahwa di dunia ini merupakan awal dari menuju hidup yang abadi (akhirat)
    trims bunda tausyahnya
    salam dari lumajang jawa timur indonesia

  3. hmm kata-katanya sarat makna
    tentang bahagia, senyum, tertawa dan cinta…

    salam dari amboina..🙂

  4. Assalaamu’alaikum wr.wb sahabatku, BintangZohra…

    Serasa lama sudah tidak kemari untuk bertanya khabar dan menyapa Zohra yang selalu diingatan. Dunia hanya pentas sementara untuk kita pelakon memainkan peranan masing2 yang telah ditetapkan sehingga selesai watak yang dipegang.

    Lakukan yang terbaik agar kehidupan ini dapat dinikmati dengan penuhb kesyukuran dan berikan kebahagiaan kepada orang lain bagi meraih kebahagiaan sendiri kerana setiap sesuatu yang dilakukan punya ganjaran tersendiri dari Allah SWT.

    Salam penuh kasih dari Sarikei, Sarawak.😀

    • Mualaikum Salam Fatimah, lama tak dengar khabar ye? Alhamdulillah saya dan awak sama-sama sihat wal afiat.

      Hai teringat saya dengan lagu Al-Jawahir…pelakon di atas pentas, menangis dan ketawa. Tanpa disedari, kita juga sama….
      Itulah kita di pentas dunia.

      Terima kasih kerana berkunjung kemari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s