Hai Anak – Risalah Terakhir Imam AlGhazali (petikan)

“Hai Anak”  adalah fatwa terakhir Imam Ghazali kepada seorang muridnya, ia merupakan sebuah risalah khas untuk muridnya dan pertama kali diterbitkan oleh Muhyiddin Sabari Al-Kurdi, cetakan Mesir tahun 1343 H. Cetakan pertama di Indonesia pada Jun 1937 dan di Malaysia pada tahun 1970. Buku ini juga telah disalin ke dalam bahasa Jerman oleh Von Hammer-Purgstall (1838) dan Inggeris oleh Rev. George H. Scherer, Ph. D. (1933).

Sesiapa yang ingin mengenal tasawuf Imam Ghazali dengan sepintas lalu, maka baik bagi mereka membaca surat beliau kepada muridnya ini, sebagaimana yang dinyatakan oleh tuan C. Spat di dalam bukunya “De Islam en zijin beteekenis voor Nederlansch-Indie” – ‘ Imam inilah yang di dalam Islam telah dapat mendudukkan faham sufi itu dengan sebaik-baiknya’.

Diantara isi kandungan surat beliau:

“Kemudian ketahui pulalah, bahwa sebahgian perkara yang engkau tanyakan kepadaku itu ada yang tak mungkin dijawab dengan tulisan dan perkataan. Jika tingkat hidupmu telah sampai ke sana, tahulah engkau apakah dia; jika tidak, maka mengetahuinya termasuk perkara mustahil………”

“Hai anak! Pertanyaanmu yang selebihnya, sebahagian telah tertulis dalam buku-buku karanganku, lihatlah di sana! Dan yang sebahagian lagi haram hukum menulisnya. Hanya amalkanlah apa yang telah engkau ketahui, supaya terbuka bagimu jalan kepada apa yang belum engkau ketahui!”

Dan penutup surat itu beliau berkata:

“Sekarang fikir sendirilah apa yang ku isyaratkan itu! Engkau seorang yang berfaham dalam, dan kata yang sepatah itu memadailah bagimu….”

Kitab Hai Anak ini saya scan buat simpanan saya dan juga untuk  dikongsi bersama. Saya membeli buku ini pada tahun 80 an, dan sekarang saya tidak ketemunya lagi di mana-mana tokoh buku, mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan petunjuk. AMIN.

Nasihat beliau – Janganlah engkau meyimpan harta benda melebihi dari apa yang dibutuhkan. Rasulullah saw. bersabda: “Ya Allah, jadikanlah rizki keluarga Muhammad itu sekadar untuk mencukupi kebutuhan”

Silakan dan Selamat membaca kitab – HAI ANAK dari IMAM GHAZALI

About bintangzohra

I am who I am and I do what I have to do. My worship, my sacrifice, my living, my dying are for HIM

Posted on February 27, 2011, in Excerpt/Petikan and tagged , , . Bookmark the permalink. 19 Comments.

  1. Wah.. saya juga baru dengar buku Hai anak Imam Ghazali..
    Pasti sangat langka ya,, terima kasih telah berbagi..😀

  2. Apakah nama kitabnya? Apa WASOYA?

  3. Selamat siang mbak Bintang,

    Artikel HAI ANAK kutipan dari kitab Imam Al Ghazali sungguh bagus dipost diblog ini untuk bahan renung para orang2 tua dan para anak yang sudah berpikir dewasa. Menurut penangkatan saya artikel di atas mengandung pesan moral dan memberi conto yang baik bagaimana menjadi orang tua atau guru yang baik. Juga cono bagaimana menjadi anak atau murid yang baik.

    Yang membuat saya terkesan mbak Bintang mengatakan membeli buku ini yang asli pada tahun 80. Pada waktu mbak Bintang umur berapa? Mungkin baru berputera satu orang? Jadi putera sulung mbak Bintang sekarang berumur 30 th? Difoto keluarga keluarga saya belum melihatnya.

    Dari pembelian buku yang bagus oleh mbak Bintang th 80 itu saya memperkirakan mbak Bintang sebagai wanita yang ingin menjadi ibu yang baik, juga sebagai wanita yang ingin menjadi anak yang baik!

    Salam persaudaraan blogger

    • Terima kasih Eyang kerana sudi kemari lagi,

      Kitab Hai Anak saya beli pada tahun 80han, tapi saya tidak pasti 80 berapa, mungkin pertengahan tahun atau akhir tahun 80. Waktu itu saya masih lagi di bangku sekolah, kelas menengah atau di Indon dipanggil SMA.

      Saya memang meminati Imam Ghazali, kitab unggul beliau IHYA ULLUMUDDIN juga ada didalam simpanan saya, begitu juga kitab=kitab beliau yang lain seperti RELUNG CAHAYA, KEAJAIBAN HATI dan juga beberapa buah buku lain karangan beliau.

      Untuk pengetahuan Eyang, saya mempunyai 3 puteri dan 2 putera, dan yang sulung itu puteri, umurnya masih BELUM MENJANGKAU 20 thn, dia sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan GCE ‘A’ LEVEL yang akan keluar esok – Jumaat 4 March. Doakan kejayaannya ye Eyang…

      Salam sejahtera dari saya
      bintangzohra

  4. nice info..!! terus posting ya..!

  5. salam singgah jer makk..

  6. wah, konsep ttg harta yang berguna. btw, cover bukunya udah lama banget ya… diterbitkan ulang ga ya?

  7. Sory, kemarin tak tahu Bintang berkomentar di blog-ku soal buku ”Hai Anakku”. Dah lah buku tu tak usah dipikirkan lagi.

  8. Bagaimana boleh mendapat salinan original buku ini untuk koleksi pembacaan saya.TK

  9. Tkasih nasihat yang sangat baik ditinggalkan oleh Imam Ghazali…zaman internet ni mendapatkan ilmu boleh dikatakan senang…jadi Imam ghazali suruh kita Amal ilmu yg dah kita ada..selamat beramal

  10. Asmk; usaha saudara amat dipuji dan semoga dirahmati Allah swt. Saya telah membaca dan mempunyai buku ini bebrapa tahun dulu tapi telah hilang dalam simpanan. Mohon kiranya dapat upload muka surat awal selepas kulit hadapan yang memaparkan cetakan edisi, kata pengantar dan seterusnya tak silap saya muka surat berhuruf roman. Jika ada naskah asal yang ingin dijual saya lagi amat berterima kasih.

    Terima kasih atas budi baik saudara.

    Wassalam.

    Yusoff

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s