DUNIA

Manusia sering tertipu dan kehidupan dunia inilah yang sering menipu manusia. Mereka khayal dengan keindahan dunia dan bangga dengan apa yang mereka miliki –  harta, kedudukan, kepandaian dan segala itu mereka menyangka adalah hak mereka dan kejayaan itu semua adalah hasil dari usaha mereka sendiri.

Sedangkan itu semua hanyalah pinjaman dariNYA, yang dipakaikan kepada kita untuk kita menjalani kehidupan kita di dunia ini.
Apabila sampai masanya akan diambilNYA semula dan ada tiada kita semata-mata milikNYA jua.

Petikan dibawah ini diambil dari buku Dunia Yang Menipu
susunan Zuhriah Mohd Juoi.

KEJADIAN DUNIA

Dari Ibnu Abbas, Ali bin Abi Thalib, Ibnu Ishak, Abu Hurairah, Wahab dan juga dari kitab Kabul Akhbar, kejadian dunia ini diceritakan begini:

Ketika Allah menjadikan langit dan bumi, Allah menjadikan dahulu sebutir mutiara yang berwarna hijau. Tujuh puluh ribu lamanya Allah memandang mutiara itu.  Mutiara itu menjadi takut kepada Allah lalu ia berputar-putar menjadi air kemudian menjadi wap dan asap.

Daripada asap itulah Allah menjadikan langit dan dari buihnya itulah Allah menjadikan bumi. Tanah daratan yang mula-mula timbul di atas permukaan air itu ialah Mekah. Oleh kerana itu Mekah dinamakan juga Ummul Qura, iaitu induk dari segala negeri.

Jibril diperintahkan meratakan bumi itu dari Timur sampai ke Barat. Setelah itu dijadikan pula gunung dan bukit sebagai pasaknya, agar bumi itu tenang dan tidak bergoncang-goncang.

Di dalam air pula dijadikan seekor ikan, yang dinamakan ikan Nun. Seekor kerbau yang berdiri di atas punggung ikan itu yang mempunyai tanduk sebanyak tujuh puluh ribu buah dan kaki sebanyak empat puluh ribu buah. Maka diletakkanlah dunia itu diatas tanduknya. Apabila kerbau itu bergerak, terjadilah gempa bumi. Gunung yang terbesar untuk mengukuhkan bumi itu bernama gunung Qaf.

Bumi itu dijadikan pada hari Sabtu. Gunung pada hari Ahad. Pokok-pokok pada hri Isnin. Kegelapan pada hari Selesa. Cahaya pada hari Rabu. Binatang-binatang pada hari Khamis. Adam pada hari Jumaat.

Allah melengkapkan dunia itu dengan waktu dan bulan tiga serangkai. Iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Satu tunggal iaitu Rejab, dengan tempat-tempat, seperti Makkah dan Madinah, Baitul Maqdis dan masjid-masjid kabilah.

Allah menghiasi juga dunia ini dengan para nabi, terutama dengan lima orang Nabi. Merekalah yang membawa kitab suci dan syariat pada manusia. Mereka juga digelar Ullul Azmi. Iaitu Nabi Ibrahim a.s, Nabi Nuh a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w. Diperlenggkapkan lagi dengan keluarga Nabi Muhammad yang empat iaitu Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain.

Anas bin Malik menceritakan, bahawa pada suatu hari Rasulullah sedang sembahyang  Fajar dan bersabda: “ Wahai orang Islam, barang siapa yang tidak mendapat cahaya matahari, hendaklah berpegang dengan cahaya bulan. Jikalau tidak ada cahaya bulan hendaklah berpegang kepada cahaya zuhra. Jikalau tidak ada cahaya zuhra, berpeganglah pada dua buah bintang farqad.”

Apakah yang dimaksudkan dengan syams atau matahari, qamar atau bulan, bintang zuhra dan dua bintang farqad utara, Nabi menjawab:

“Aku syams, qamar itu Ali, Fatimah itu zuhra, Hassan dan Hussain itu ialah dua bintang farqad.”

Kemudian Allah merperlengkapkan lagi dunia itu dengan sahabat-sabahat Nabi. Iaitu Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali, serta pengikut-pengikut lain yang mendapat keredhaan Tuhan.

Tanda-tanda akhir dunia:

  1. Ilmu-ilmu diangkat oleh Allah.
  2. Gempa-gempa bumi kerap berlaku.
  3. Berlakunya fitnah di mana-mana.
  4. Pembunuhan bermaharajalela.
  5. Riba’ menjadi amalan dan merata.
  6. Kejahatan serta kematian sedah bertaburan.
  7. Kekurangan binatang, buah-buahan, air dan makanan.
  8. Hati yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan.
  9. Kekurangan keadilan.

Terjadilah kekacauan. Gunung pecah terpelanting. Kulit bumi pecah dan hancur berkeping-keping. Semua itu tanda-tanda berakhirnya dunia ini. Seram dan muram mendengar cerita kehancuran dunia dan isinya.

Bagi mereka yang soleh dunia ini untuk membawa  manusia kepada keinsafan terhadap Allah. Kegiatan beribadat mempersiapkan diri dalam menemui Allah. Sebelum pintu taubat ditutup dan manusia mengalami kesesalan yang tidak dapat diperbaiki lagi.

Demikian beberapa kisah mengenai kejadian dunia. Bagi orang-orang soleh, dunia ini bukan tempat abadi bagi manusia. Dunia hanya merupakan tempat persinggahan sementara sahaja.

Sesuai sekali dengan Firman Allah: “Dan tidaklah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” ( Al-Imran : 185 )

“Maka janganlah sampai kehidupan dunia itu memperdayakan kamu.”  (Luqman : 33 )

Inilah dunia. Yakni amalan-amalan yang keuntungannya hanya sementara, setakat di dunia tidak sampai di akhirat. Dunia beginilah yang dibenci oleh Rasulullah kerana sabdanya: “ Aku benci dunia kerana dua sebab; Halalnya dihisab dan haramnya diazab.”

Syaidina Ali pun berkata: “ Wahai dunia, janganlah engkau tipu aku. Tipulah orang lain. Jauh, jauh daripada ku, kerana perjalanan ku panjang tapi bekal ku masih sedikit.”

About bintangzohra

I am who I am and I do what I have to do. My worship, my sacrifice, my living, my dying are for HIM

Posted on May 4, 2011, in Excerpt/Petikan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 8 Comments.

  1. Selamat siang mbak bintang,

    Kejadian dunia ini ada yang mengkisahkan secara agamis, ada juga dengan kisah legenda. Yaqng jelas umur dunia kita ini sudah tua.

    Kalau ada ustilah manusia tertipu kehidupan dunia yang benar adalahL manusia MEMBIARKAN dirinya ditipu kehidupan dunia!!

    Nama bintangzohra ada yang menamakan BINTANG TIMUR. Di Indonesia ada lagu keroncong yang bernama Keroncong asli Bintang Timur. Mbak Bintang pernah dengar lagunya? Dari liriknya adanuansa agamis, ada pertanda isyarat waktu sholat.

    Membaca tanda2 akhir dunia kiamat rasa2nya keadaan sekarang ini9 cocok dengan pertanda yang mbak Bintang tulis itu. Tapi rasanya kita tidak boleh memastikan dunia akan saegera berakhir. Karena itu adalah rahasia Allah

    Mbak bintang di blog semesem.com sudah diposting STROKE DAN GELANG yang katanya mbak Bintang tunggu. Silakan ke sana dan berkomentar. Saya tunggu.

  2. Ku selalu mencoba, tapi selalu saja gagal, karena tipuan dunia sebegitu hebatnya…

  3. lo …. ternyata thema dari blog kita sama “SEHATI” kali yeeeee ?????? heeee …..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s