Ku Bawa Wajahmu Walau Diriku Jauh

Selagi bahuku, memikul bebannya
Selagi hayatku, merasa siksamu

Selama senyuman, menjadi senyumku

Ku bawa wajahmu

Walau diriku jauh …

Inilah inti lagu Ikhlas Tapi Jauh dari Zainal Abiddin. Singkat, padat dan mengandungi erti yang begitu mendalam.
Lagu ini aku uplod di YouTube dengan background gambar yang diambil  dari dua tempat yang berbeza. Dari dua tempat yang jauh ini, ia ada mengandungi sejarah dan pertalian diantara keduanya sejak dari zaman purba lagi.
Walaupun  nama kedua-dua mereka termasyur (kepada sesiapa yg kenal), tetapi penghujung kisah mereka tidak ramai yang ketahui.
Sejarah mereka berdua ini tidak ada di dalam kitab sejarah atau di mana-mana tulisan. Aku mendapatkannya melalui  penyampaian cerita dari orang-orang yang ada hubungan dan pertalian dengan mereka.
something 'bout love - David Archuleta

something 'bout love - David Archuleta

Ikhlas Tapi Jauh – Zainal Abiddin

Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
Terdengar nada yang riang ria

Sekali suara meyakinkan jiwa
Kaku langkah mengaguminya
Kaku menerimanya

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksamu

Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh ..

Jauh ..

About bintangzohra

I am who I am and I do what I have to do. My worship, my sacrifice, my living, my dying are for HIM

Posted on July 23, 2011, in My diary, songs and lyrics and tagged . Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. Sesungguhnya memang benar kata2 yang dilontarkan oleh lagu ini…nak mencari keikhlasan tu ibarat mencari semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap…sesiapa yang berjaya menemuinya sepatutnya memanjatkan setinggi2 kesyukuran yang tidak terhingga kepada-NYA!

  2. salam bintangzohra,

    boleh terangkan pada saya maksud lagu ini kerana saya telah cuba memahaminya tanpa jaya

    • salam sejahtera ahli fikir,
      terima kasih di atas kunjungan ini,

      apa yang saya benar-benar faham maksud lagu ini susah hendak saya bentangkan melalui tulisan, kerana isi kandungannya ada rahsia yang tersirat.
      tetapi sebagai isi yang tersurat, saya dapat menerangkan bahawa berjauhan tidak melambangkan perpisahan, hati mereka tetap bersatu dan perasaan mereka tidak pernah berubah, segala pahit maung dan kebahgiaan mereka dapat rasakan bersama, hanya tempat sahaja yang memisahkan mereka, kerana itu inti senikata lagu ini terang lagi jelas menyatakan:-

      Selagi bahuku, memikul bebannya
      Selagi hayatku, merasa siksamu
      Selama senyuman, menjadi senyumku
      Ku bawa wajahmu
      Walau diriku jauh …

Leave a comment