“alasan ke bohong ni, mak abah?”

Ada 5 katagori yang ibubapa tak perasan yang mereka telah berbohong kepada anak-anak mereka, terutama anak-anak yang di dalam usia 4 hingga 10 tahun.

Kata-kata yang sepontan keluar dari mulut mereka sebenarnya bertujuan baik ,demi untuk menjaga anak-anak mereka dari segi keselamatan, kesehatan dan juga mencari hela dari di tanya oleh mereka dengan seribu satu macam persoalan atau permintaan.

Pernahkah kamu sebagai ibubapa menangani masaalah di bawah ini dengan sejujur-jujurnya seperti apa yang aku lakulan kepada mereka selalunya?

Apabia anak-anak tidak mahu makan sayur-sayuran, aku kata:-
“kalau makan lobak nanti mata kita macam Bugs Bunny, benda kecik pun boleh nampak, kalau makan bayam nanti badan kita kuat macam Popeye tau, “  mereka makan dengan senang hati sebab nak jadi macam Bugs Bunny dan Popeye.
Bohong untuk menjaga kesehatan.

Apabila mereka tunjuk pada aku lukisan yang paling comot dia lukis, aku kata:-
“cantiknya… pandai lah nanti boleh dapat no 1 kalau draw lagi cantik,” suka betul dia dengar, makin rajinlah dia lukis.
Bohong demi menjaga perasaan.

Apabila balik dari sekolah, mereka merengek hendakkan gula-gula ke atau apa-apalah, aku kata:-
“eh-eh mak tak bawak duit lahhh, takpe nanti petang ajak abah pergi kedai belilah apa-apa ok,” mereka senyum dan selamat poket aku – ini cuma waktu-waktu darurat aje.
Bohong demi selamatkan diri sendiri.

Apabila aku sedang sedap relex, mereka ajak pergi playground, aku kata:-
“kepala mak  peninglah, tolong picitkan, nanti kalau dah baik besok-besok kita pergi ok, sayang mak tak?” sayang… dia kata sambil picit kepala aku.
Bohong untuk mendapat simpati.

Kadang-kadang aku kata:-
“pergi tengok cartoon, mak abah nak tido kejap,” meloncat mereka on disc cartoon.
Bohong untuk kepentingan peribadi – its it works if you’re really quite, trust me.

 Aku salut kepada ibubapa yang tak pernah buat kerja yang macam aku bikin ni.

About bintangzohra

I am who I am and I do what I have to do. My worship, my sacrifice, my living, my dying are for HIM

Posted on August 18, 2011, in My diary and tagged , , . Bookmark the permalink. 6 Comments.

  1. Assalamualaikum…dalam dunia psikologi, hal ini dinamakan helah bela diri. Maksudnya memberi helah untuk menyelamatkan atau melarikan diri daripada sesuatu keadaan yang menekan atau mendatangkan kemudaratan. Dalam contoh yang diberikan oleh puan tadi, kalau setakat anak nak minta belikan gula-gula atau aiskrim, rasanya tidak patut ibu/bapa memberi helah sebegitu. Itu dah masuk dalam kategori pembohongan sebab mereka mampu untuk menunaikannya. Lainlah kalau anak merengek2 untuk dibelikan h/set @ ipad yang harganya mahal-mahal belaka tu, barulah ibu/bapa patut beri helah yang sesuai dan tidak mengguris perasaan mereka. Jika pandangan saya ini tidak tepat, harap dapat diperbetulkan. Tq.

    • Mualaikum salam,

      oh pasal beli gul-gula tu tak selalulah…cume waktu-waktu darurat aje, paham-paham ye.
      tapi kalau mereka hendakkan i/pad atau h/p ke, saya melarang dgn tegasnya kerana belom sampai masa mereka untuk itu semua.

      terima kasih

  2. hehehe… lucu jadi teringat masa kecil😀

  3. OMG, my mom is a liar… Haha!!! Ouh..its not “its work if you’re really quite” but ” it works if you’re really quiet” AND to be honest…. we can still hear you..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s