Tiga Wanita Tidak Berpusara

Khamis, 10 Syawal 1432

Pusara, kubur, maqam, graveyard adalah satu makna yang sama. Itulah bakal rumah kita ; rumah terakhir atau ‘last destination’ kita di dunia ini.
Seronok bila melihat maqam Rasulullah saw melalui internet, niat di hati ingin menziarah tetapi apakan daya belum kesampaian.

Ada tiga wanita yang terkenal sejarahnya, tidak bermaqam;

Pertama – Sitti Hajar, wanita pada zaman Nabi Ibrahim a.s, yang ditinggalkan di Makkah bersama puteranya Nabi Ismail a.s.
Ada pendapat menyatakkan; di pinggiran Hijir Ismail, dahulu merupakan tempat tinggal Nabi Ismail a.s, di situlah Nabi Ismail tinggal semasa hidupnya dan kemudian menjadi kuburan beliau dan juga ibunya. Tetapi kini tiada tanda di mana pusaranya.
Berdasarkan kepada sabda Rasulullah , sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari ‘Aisyah r.a. yang bermaksud, ‘Dari ‘Aisyah r.a. katanya; “Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata ” Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah”.

Kedua – Sitti Asiah, permaisuri Fira’un dan juga ibu asuhan kepada Nabi Musa a.s.
Kematian Asiah disebabkan kezaliman Fira’un, kerana beliau beriman kepada Allah swt, maka Fira’un menyiksanya sehingga mati.
Kebencian Fira’un kepada Asiah belum berakhir, dia mengarahkan nama Asiah dan semua catatan yang merujuk kepada permaisurinya itu dipadamkan dalam lipatan sejarah.

Ketiga – Sitti Fatimah Az-Zahrah, puteri bungsu Rasulullah saw, ibu kepada bapanya itulah gelaran beliau.
Di dalam kitab – RUMAH TANGGA NABI MUHAMMAD SAW (BAITUN NUBUWWAH) oleh H.M.H AL HAMID AL HUSAINI. Menyatakan sebelum Sitti Fatimah r.a wafat beliau mengamanatkan kepada suaminya agar dibuatkan sebuah keranda yang tertutup dan permakaman jenazahnya dilakukan pada malam hari supaya tidak ada orang yang boleh melihat jenazahnya.
Syaidinah Ali r.a sengaja membina beberapa buah pusara tiruan di Baqi’ supaya tidak ada orang yang mengetahui mana sebenarnya pusara Fatimah r.a.
Sehingga kini pusara Sitti Fatimah Az-Zahrah r.a yang sebenarnya masih tetap merupakan suatu misteri. Begitu juga dengan pusara suaminya Syaidinah Ali r.a.

maqam Rasulullah saw dan Umi Khadijah r.a
aku
ingin bersama
walau dalam perpisahan
ingin bersua
walau dalam impian
akan tetap menanti
bila tiba masanya
kita bersama

About bintangzohra

I am who I am and I do what I have to do. My worship, my sacrifice, my living, my dying are for HIM

Posted on September 8, 2011, in Sejarah/History and tagged , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s