Menghitung Hari

Hari ini bermula tahun baru 01/01/2012.
Aku sememangnya dah tak kuasa untuk menyambut kedatangannya lagi, kerana hari tetap berlalu seperti biasa, masa berganti dan musim berubah, apatah lagi dengan perangai orang-orang.
Kalau mengikut tahun Masihi kita sudah berada di dalam tanuh 2012, itulah tahun zaman gemilang Nabi Isa a.s. Nabi yang sebelum zaman Rasulullah s.a.w, rasul yang ke 24.
Cuba bayangkan bila agaknya zaman Nabi Adam a.s, Rasul dan makhluk yang berjenis manusia yang pertama zahir di dunia ini? Sudah pasti berjuta tahun lamanya.
Pada zaman Rasulullah s.a.w, sahabat beliau pernah bertanya bilakah hari kiamat. beliau menjawab: ‘jaraknya di antara dua jariku’ – ditunjukan kepada sahabat jari telunjuk dan jari tengahnya. Sabdanya itu pada tahun 1433  dahulu.
Bersiap-sedialah kerana hari itu pasti berlaku, seperti di dalam FirmanNYA.

Surah Al-Qaari’ah

Dengan nama Allah yang mengasihani lagi amat mengasihani

  1. Hari yang menggemparkan,
  2. Apa dia hari yang menggemparkan itu?
  3. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?
  4. (Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,
  5. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.
  6. Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya,
  7. Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.
  8. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya,
  9. Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”
  10. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu?
  11. (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.

About bintangzohra

I am who I am and I do what I have to do. My worship, my sacrifice, my living, my dying are for HIM

Posted on January 1, 2012, in My diary and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s