Setabah Clare dan Sekuat Henry

Aku ini mungkin jenis yang selalu ketinggalan. Banyak hal yang aku ketinggalan.
Novel The Time Traveler’s Wife yang aku beli semalam sebenarnya sudah hampir satu dekat berada di pasaran dan filemnya pula ditayangkan 3 tahun yang lalu 2009.  Sudah 2 kali  aku menonton film tu, pertama pada hari Sabtu pagi dan yang ke2 pagi ini, tak jelak. Novelnya pula aku hanya sempat baca prolognya sahaja.

Clare seorang yang tabah dan setia, dari semenjak dia berusia 6 tahun dia menanti, walaupun setelah dia menjadi seorang isteri, dia tetap sabar dan setia menanti Henry yang selalu datang dan pergi tidak tahu ke mana, di mana dan bagaimana keadaan Henry sewaktu dia menghilang.

Henry yang menjalani hidupnya  di dalam ketakutan dengan apa yang dialaminya. Dia mengembara dari satu zaman ke satu zaman, tidak ada di dalam pengetahuannya bila masa itu dan di mana dia berada. Kadangkala dia balik ke zaman silamnya kadangkala ke masa hadapan. Apa yang berlaku di luar jangkaan dan kawalannya. Perkara ini mula berlaku sejak dia berumur 5 tahun, pada waktu dia mendapat kemalangan bersama ibunya. Walaupun dia mengembara ke zaman silamnya dan melihat kematian ibunya beratus kali namun dia tidak dapat mengubah keadaan itu. Dia tidak boleh mengubah apa-apa pun, apa yang berlaku tetap terus berlaku.

Setelah bertemu Clare, Henry bertambah kuat kerana dia tahu bahawa dia tidak keseorangan lagi. Cerita ini bertambah menarik apabila Henry dan Clare berkahwin. Henry menghilang di hari perkahwinannya, sewaktu upacara ijab kabul hendak dimulakan. Gomez yang menemani Henry di bilik persalinan mula pucat, tiba-tiba dengar ketukan dari luar tingkap, lega hatinya apabila melihat Henry di luar sana. Tetapi  kelegaannya bertukar menjadi hairan apabila melihat Henry yang di hadapannya ialah Henry yang telah beruban, separuh umur.

Perkara yang sama berulang lagi di malam perkahwinan mereka. Kali ini Henry kembali ke zaman Claire sewaktu kanak-kanaknya.

Inilah gambar dan dialog perbualan mereka berdua.

Clare: Are you married?
Henry: Yes I am.
Clare: Is your wife a time traveller?
Henry: No. No, thank God.
Clare: Do you love her?
Henry: Yes. Very much.
*Clare starts tidying up the items on the blanket*
Henry: What’s wrong?
Clare: Nothing. I was just hoping that you’re married to me.

 

Sekembalinya Henry pada malam itu dia mengejut Clare dari tidur:

Henry: I was with you in the meadow.
Clare: You were?
Henry: You were jealous of my wife
Clare: I was. I used to try and convince myself that you were married to someone fat with a moustache
Henry: Well, that is my type

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan Alba. Walaupun Alba dikurniyai nasib yang sama seperti bapanya, tetapi dia masih bertuah kerana dia dapat mengawal keadaannya dan dapat memilih kemana dan ke zaman mana yang hendak dia pergi, tidak seperti bapanya.

Aku rasa ramai yang dah menonton filem ini, cuma aku aje yang ketinggalan. Sebenarnya banyak yang hendak  aku ceritakan di sini, tapi… panjang sangat. Lebih baik tonton sendiri dari mendengar ceritakan.
Kepada sesiapa yang belom menonton, selamat menonton – tak rugi tengok, betul.

Diantara dialog dan ungkapan terbaik yang aku pilih.

Henry:” I don’t want you to spend your life waiting …”

Clare: “I won’t ever leave you, even though you’re always leaving me.”
Henry: “But I never want to leave you.”

There is only one page left to write on. I will fill it with words of only one syllable. I love. I have loved. I will love.

It’s hard being left behind… It’s hard to be the one who stays

I’m sick of pretending. We pretend all the time.

“Time is priceless, but it’s free. You can’t own it, you can use it. You can spend it, but you can’t keep it. Once you’ve lost it you can never get it back.”

The Time Traveler’s Wife:Audrey Niffenegger.

About bintangzohra

I am who I am and I do what I have to do. My worship, my sacrifice, my living, my dying are for HIM

Posted on April 9, 2012, in Excerpt/Petikan and tagged , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s