AL-MA’THUR Pedang Utama Rasullullah saw

Pedang Al-Ma’thur adalah sebilah pedang yang dimiliki oleh Rasulullah saw sewaktu baginda masih mudah remaja. Pedang ini dikenal untuk pertama kalinya pada peperangan Fijar di zaman Jahiliah. Ketika itu Rasulullah saw berusia 15 tahun dan baginda ikut serta bersama bapa saudaranya Abu Thalib dalam peperangan ini.

Pedang ini sentiasa berada di tangan baginda, baik ketika di Makkah dan juga sewaktu baginda berhijrah ke Madinah bersama sahabatnya Syaidina Abu Bakar as-Siddiq ra. Fakta sejarah telah menyebutkan bahawa pedang Al-Ma’thur ini adalah pedang utama Rasulullah saw dan baginda tidak pernah memberikannya kepada mana-mana para sahabatnya untuk digunakan dalam medan peperangan. Tetapi setelah baginda wafat , pedang ini diserahkan kepada Syaidina Ali bin Abi Thalib ra.

Diriwayatkan ketika Rasulullah saw meraikan hari pernikahan puteri baginda Sitti Fatimah Zahrah ra, pernikahan itu berlangsung dengan meriah dikelilingi oleh Bani Hasyim dengan tangan mereka memegang pedang, baginda telah menghunuskan pedang Al-Ma’thur ini seperti kebiasaan yang dilakukan oleh bangsa Arab pada zaman itu.

Asal pemegang dan sarung pedang Al-Ma’thur diperbuat daripada kayu yang kemudiannya dilapisi dengan kulit binatang yang telah disamak. Setelah ia rosak dimakan zaman pedang ini diperbaiki dan diperhalusi semula pada abad ke 10 Hijrah. Sekarang ini pemegangnya diperbuat daripada emas dan dihiasa dengan batu-batu hiasan.

Sesiapa yang menarik pedang ini dari sarungnya, ke bawah sedikit daripada emas tempat pemegangnya, maka akan dapat terlihat sebuah tulisan ‘Abdullah bin Abdul Mutalib’ yang ditulis dengan khat kaligrafi al-Kufi.

Kini, pedang ini berada di Muzium Topkapi Istanbul Turki bersama-sama pedang-pedang Rasulullah yang lainya.

Foto dan sumber infomasi diambil dari Majalah ‘anis_pedoman wanita soleha & keluarga sakinah’ keluaran Mac 2012

About bintangzohra

I am who I am and I do what I have to do. My worship, my sacrifice, my living, my dying are for HIM

Posted on April 21, 2012, in Excerpt/Petikan, Sejarah/History and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 6 Comments.

  1. trimakasih .info yang menarik,

  2. ahmad muhammad bin abdullah

    assalamualaika saudaraku serata alam.moga kita diizinkan bertemu didunia ini dengan izin allah insakallah amin

  3. Rasulullah saw tidak pernah terlibat dalam Perang Fijar kerana peperangan ini terjadi kerana perbalahan kabilah. mana mungkin Rasulullah menyokong keganasa dan permusuhan. Hal ini bertentangan dengan sifat Rasulullah yg cintakan keamananan melalui peristiwa Hiflf al-Fudhul dan perbuatan Rasulullah yg meleraikan pergaduhan kabilah2 untuk meletakkan hajarul aswad pada tempatnya. Sekian.

    • Ketika ditanya Rasulullah SAW tentang perang Fijar, beliau menjawab,
      “Aku mengikutinya bersama dengan paman-pamanku, juga ikut melemparkan panah dalam perang itu; sebab aku tidak suka kalau tidak juga aku ikut melaksanakan..” (ath-Thabaqaat, Ibnu Sa’ad 4/128)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s