Sempadan Kasih – Rohana Jalil

Rohana Jalil penyanyi evergreen di zaman 80an. Dari album Rayuanku tahun 1988 ketika itu aku masih  di bangku sekolah, baru nak meningkat remaja baru nak feling-feling.

Tiga lagu hit yang tak pernah putus berkumandang di radio.

1-      Resahku
2-      Rayuanku
3-      Semapadan Kasih

Sempadan Kasih lagu pilihan untuk mengisi blog ini. Menghayati senikata dan iramanya sambil mengenang dan membawa aku kembali ke zaman silam… hmm feling lagi ni.
Sempadan Kasih ibaratkan seperti mengharapkan sesuatu,  menunggu,menanti dan menaruh harapan pada janji yang diikat dan janji yang tunggu ditunai.
Ada yang berpendapat  sekurang-kurangnya kita masih punya harapan tapi pendapat aku lain pula.Hai…lebih baiklah jangan terlampau mengharap kerana mengharap itu satu perkara yang tidak pasti, kita harapkan lain jadinya lain; kita sangka lain tapi kenyataannya lain.

Sempadan Kasih – Rohana Jalil

Bila ku terpandang wajahumu
hati menjadi pilu
berakhir kini rinduku
yang ku simpan untukmu…

Bukanlah pertemuan… sayang
atau waktu mendatang
yang harus disalahkan
tapi itu semua suratan…

Kini aku yang keseorangan
bersama kesedihan
ku datang mengutip sisa kenangan
yang telah pun engkau tinggalkan…

Walau ada sempada yang terbentang
akan ku kirim salam serta harapan
tiada aku memungkiri
janji dihati ini…

About bintangzohra

I am who I am and I do what I have to do. My worship, my sacrifice, my living, my dying are for HIM

Posted on May 7, 2012, in My diary, songs and lyrics and tagged , , . Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. pada tahun tersebut idah baru lahir. .. hihiihihi
    lirik lagunya euy. . .😉

  2. Wah… kita ini sepertinya serasi dalam banyak lagu ya. Cuma pilihan lagu aja mungkin berbeza. Kalau saya, Rayuanku menjadi favorit dari lagu Rohana Jalil.

    Menurut saya, lagu penyanyi dulu-dulu sangat menarik dari segi lirik dan iramanya yang mendayu dan merintih sendu. Berbeda dengan zaman sekarang. hehehe… iyalahkan, kita ni bukannya remaja lagi tentu tidak sepadan dengan lagu2 rancak yang sedia ada.

    Paling-paling lagu seperti nyanyian Rohana Jalil dan teman seangkatannya banyak menghadirkan nastolgia saat cinta monyet bertamu dalam usia remaja di sekolah dulu.

    Saya setuju, walaupun harapan itu ada namun jangan terlalu mengharap kerana semua yang akan datang tidak kita pasti dan berada dalam pengetahuan Allah semata.

    Selamat berhujung minggu Zohra dan;
    SELAMAT HARI IBU.

    Salam mesra selalu.😀

    • Ya Fatimah, zaman remajalah katakan kalau diingat semula akan tersengeh-sengeh dibuatnya. Sebenarnya saya minat ketiga-tiga lagu Rohana Jalil tu, tapi diantara tiga itu Sempadan Kasih lagu dan iramanya berlainan sedikit.
      Kerana kita hanya merancang tetapi Allah swt yang menentukan segalanya, itulah sebabnya saya menyatakan di sini – kita jangan terlalu mengharap. Tauhid ini kita mesti sematkan di hati walau di mana pun kita berada.

      Terima Kasih dan Selamat Hari Ibu – Oh ye, sebenarnya sebelum saya ke wordpress sudah ada didalam rancangan saya untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada teman-teman bloger. Nampaknya awak mendahului saya, terima kasih sekali lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s