Buku Impianku Belum Ketemu

Aku memang tidak putus asa untuk mencari buku – Khadijah Drama Cinta Sang Nabi oleh Muhammad Abduh Yamani.

Khadijah Drama Cinta Sang Nabi

Khadijah Drama Cinta Sang Nabi

Hari Sabtu lepas aku ke ‘Islamic Book Fair’ di bangunan Wisma Indah, harap-harap buku itu ada jual di sana. Buku keluaran tahun 2007, bukanlah lama sangatkan tapi aku heran kenapa aku tak jumpa di mana-mana tokoh buku.

Sampai sahaja di sana di pondok jualan yang pertama, aku terus menunjukan photocopy book cover kepada juru jualnya. Gadis itu mengajakku ke dalam tokohnya dan bertanya kepada pengurus kedai. Pengurus itu berkata buku ini tidak dijual di sini dan dia mengsyurkan sebuah lagi buku yang mana gambar-gambarnya ada persamaan seperti di dalam buku Khadijah. Dia bukan hanya mengenalkan buku yang lain pada aku, tetapi dengan relah hati dia akan usahakan untuk mencari buku itu pada penerbit-penerbitnya samada di Indonesia atau di Malaysia. Terima kasih banyak-banyak kepadanya kerana sanggup bersusah payah demi sebuah buku yang sangat aku inginkan.

The Great Story of Muhammad saw

The Great Story of Muhammad saw

THE GREAT STORY OF MUHAMMAD saw- REFERENSE LENGKAP HIDUP RESULULLAH SAW DARI SEBELUM KELAHIRAN HINGGA DETIK-DETIK TERAKHIR – terbitan Maghfirah Pustaka. Cetakan pertama July 2011.

Aku amati buku ini dari daftar isi kandungan dan gambar-gambarnya sahaja. Buku setebal  600 mukasurat memang tak sempat untuk disemak kesemuanya. Aku tersenyum memerhatikan gambar-gambar yang ada di dalamnya.

“Adik, kakak ambik buku ni, but I still want that book, I really want that. Tolong carikan, call kakak kalau ada ke tidak.” Itulah kata-kata yang menunjukan semangat aku berkobar-kobar menginginkannya.“ Terima kasih banyak-banyak”. Aku berlalu pergi sambil mata menjeling-jeling ke   arah pondok-pondok lain yang penuh dengan berbagai jenis buku.
Hai, kalaulah aku layankan ….

Sampai di rumah aku membelek buku itu lagi. Isi kandungannya bermula BAB 1 – DUNIA SEBELUM NABI SAW DIUTUS – DI DUNIA ARAB hingga BAB 4 – PERIODE MADINAH – WAFATNYA RASULULLAH SAW.

Buku yang penuh dengan gambar exclusif. Setiap gambar yang menarik perhatianku akan aku tunjukan kepada anakku SITTI KHADIJAH , kadangkala aku memanggilnya UMMI, dia mahir dalam sejarah. Aku minta pendapatnya jika inginkan kepastian  dan dia akan menjawab jika pertanyaan itu ada di dalam pengetahuannya atau pun mengangguk tanda setuju dengan pandanganku. Komennya pula, gambar-gambar itu semua sudah tidak asli dari segi bentuk dan warnanya kerana peredaran zaman, texturenya sudah berubah.  Bila aku tunjukan jubah Fatimah, dia mengangguk,”oh, ni  bapak dia kasi” spontan jawapannya, “jubah ni hadiah dari Rasulullah” dia ulangi lagi, tersasul agaknya dengan kata-kata yang awal.

Tajuk buku ini memang tepat dengan isi kandungannya, segalanya detail dan terperinci, mudah untuk difahami. Terutama bagi mereka yang agak payah untuk memahami selok belok peperangan pada  zaman Nabi.

  • Image 1 – tapak rumah kelahiran Rasulullah saw
  • Image 2 – tapak rumah Sitti Khadijah ra
  • Image 3 – maqam Sitti Khadijah ra di Ma’la Mekah
  • Image 4 – sandal Rasulullah saw
  • Image 5&6 – Jubah Sitti Fatimah ra
  • Image 7 – Jilbab Sitti Fatimah (katun tipis yang berlubang)
  • Image 8 – Jabal Tsur (gua labah-labah)
  • Image 9 – Illustrasi Masjid Nabawi pada zaman Rasulullah saw

About bintangzohra

I am who I am and I do what I have to do. My worship, my sacrifice, my living, my dying are for HIM

Posted on May 28, 2012, in My diary, Sejarah/History and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Awalnya tadi saya membaca posting ini dan sedang menulis komentarnya, tetapi hanging dan saya kemudia dc dari dunia internet.

    Subhanallah, begitu besar sekali cinta Zohra kepada Siti Khadijah sehingga anak sendiri dinamakan dengan nama isteri Rasulullah saw yang suci itu. Semoga Allah akan selalu mendorong anak Zohra, Siti Khadijah memiliki sifat indah dan mulia seperti Ummul Mukminin yang mulia. Aamiin.

    Saya juga memiliki buku Siti Khadijah ini dan bila membacanya sangat mengesankan hati kerana banyak contoh telada yang dapat kita ambil sebagai teladan buat diri kita terutama dalam sifat kasih sayang, pemurah dan kecerdasan beliau. Selain itu, saya juga memlliki buku-buku lain seperti Siti Fatimah Az-Zahra, Siti Aisyah dan Ummu Ukminin yang lain.

    Membaca buku-buku ini menambahkan rasa cinta kepada baginda rasul saw dan keluarganya. Saya berdoa agar Zohra dapat memiliki buku yang diimpikan untuk menjadi bahagian dari diri Zohra. Insya Allah, Allah selalu memerhati kebaikan dari doa hamba-NYA.

    Terima kasih menyertakan sedikit foto dari buku tentang Rasulullah SAW. Saya berharap saya juga akan dapat memilikinya sebagai menambah koleksi sirah Rasulullah di rumah saya.

    Walaupun sedikit sahaja review buku ini, ia memberi impak yang besar untuk menimbulkan keinginan untuk membacanya. Terima kasih Zohra.

    Salam rindu selalu.😀

    • Gembira rasanya mendapat komen lagi dari Fatimah.
      Seronok benar membaca sejarah-sejarah rasul-rasul terutama Rasulullah saw. Ummi Khadijah ra adalah wanita uggul di hati saya, sebagaimana Rasulullah saw sendiri mengaku: “Allah tidak memberi kepadaku penggantinya yang lebih baik…..”
      Sebenarnya, saya memang tidak pandai untuk menulis review dan kalau boleh pun banyak yang saya nak muatkan di sini. Tapi apa yang boleh dikatakan, buku ini memang detail. Terdapat pete-peta Google menunjukan lokasi-lokasi sejarah yang berlaku.
      Insya Allah, akan datang apa-apa yang mampu untuk dikongsi bersama tentang buku ini.
      Sebenarnya saya pun belum habis membacanya, asyik tengok gambar aje hehe.
      Terima kasih untuk kali ke dua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s