Khamis, 1 Muharrram 1434/15 November 2012

Hari ini bertambah lagi satu tahun di dalam tahun Hijrah. Tahun 1433 kini beralih ke 1434.
Selamat menyambut tahun baru.

Dari tahun ke tahun, dekad ke dekad dan abad ke abad kita telah semakin jauh meninggalkan zaman Rasulullah SAW. Sejarah beliau meninggalkan tanah airnya Mekkah tetap tidak luput dari ingatan umat Islam yang mengikuti perkembangan sejarah beliau. Sayangnya peninggalan beliau yang di bina dari hasil titik peluhnya sendiri kini sudah tiada untuk dijadikan kenangan dan yang ada sekarang ini adalah bangunan megah yang dibina semula dan diperluaskan demi kepentingan umat islam untuk menziarahnya.

Selamat datang ke tahun-tahun yang penuh tipu muslihat;-
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum (Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat).  – (Riwayat Ibn Majah)

Semoga Allah SWT pelihara aku sekeluarga serta orang-orang bersamaku agar tidak termasuk dari golongan yang tersebut di atas – mempercayai orang yang berkhianat dan mendustai orang yang amanah.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (114-An Nas)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Mereka itu) dari kalangan jin dan manusia”.

Mari kita singkap kembali bagaimana sambutan sewaktu Rasulullah SAW sampai kota di Madinah. Video ini dipetik dari filem – ‘The Message’  yang saya ringkaskan tanpa dialog.

Sesiapa yang ingin menonton film – The Message. Ada 12 bahagian.
Terima kasih kepada upload video ini berserta terjemahannya.

 

About bintangzohra

I am who I am and I do what I have to do. My worship, my sacrifice, my living, my dying are for HIM

Posted on November 13, 2012, in My diary, Sejarah/History and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s