Ini Hanya Permulaan-‘End of the World’

End of the world… Itulah yang dihebuhkan akan berlaku pada 21/12/2012 mengikut Mayan Kalender- End of Mayan Calender.

Ada yang percaya ada yang tidak.

Menurut kajian Astrofizik Profesor Jocelyn Bell Burnell, Saintis meramalkan akan berlaku bencana yang boleh membawa kepada ‘Doomsday=kiamat‘ seperti serangan darkcomet, hanya mereka tidak pasti bila akan kedatangannya.
Tetapi Astronomi Rusia telah menemui Comet S/2012 S1 , menyatakan komet itu sedang mendatang dengan laju ke arah Bumi.
Comet=bintang berekor

Japanese Princess Makes Shocking Statement About 2012
Ia tidak mudah untuk sesiapa sahaja untuk bercakap tentang apa yang ia jangkakan akan berlaku pada tahun 2012, tetapi selepas kebangkitan rohani beliau, Puteri Jepun Kaoru Nakamaru bercakap mengenai bagaimana Bumi akan berubah menjadi realiti dimensi 5 ……perubahan akan berlaku selepas 21 December 2012, bumi akan gelap selama tiga hari dan terputus segala bekalan elektrik.

Pengakuan Princess Kaoru Nakamaru ini diambil ketika Persidangan Pythagoras diadakan tahun ini pada 2 Januari 2012. Beliau bukan seorang peramal tetapi ia melihat kejadian ini akan berlaku melalui mata hatinya ‘the 3rd eye’ .

Michel de Nostredame – 14 /21 December 1503 – 2 July 1566.
Beliau adalah apotekari Perancis di abad 15 yang terkenal sebagai ‘Prophecy’ dan peramal wabak. Ramalannya yang terbukti benar tentang Lady Diana, Twin Tower, Tsunami dan lain-lain lagi membuat beliau menjadi termasyur seluruh dunia. Sila tonton video di bawah ini untuk keterangan yang lebih lanjut.

From the calm morning,
the end will come
when of the dancing horse
the number circles will be nine – Nostradamus 1555

‘Calm morning’ melambangkan negara Korea.
‘Dancing horse’ tarian Gangnam Style dari PSY.
‘Number of circles will be 9’ sembilan bulatan bermaksud view lagu Psy di youtube mencecah 1billion = 9 kosong.

psy-nostradamus

Hari ini, di  saat ini Jumaat 21 December 2012 jam 11.25 pagi, sewaktu saya menulis post ini, youtube PSY-Gangnam style telah mencecah sebanyak 994,277,961 view.

Setelah menilai penjelasan dari para saintis, Princess dari Jepun  dan peramal dari Perancis yang ramalannya belum pernah salah, mari kita kembali kepada apa yang termaktub di dalam Al-Quraan dan hadith, tentang kiamat.

Sabda Rasulullah saw,“Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

“Sebelum kemunculan Imam Mahdi, sebutir bintang berekor akan muncul dari arah timur.” (Ibn Hajar Al Haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi ‘alamat Al Mahdi Al Muntazzar)
“Munculnya bintang itu akan terjadi setelah gerhana matahari dan bulan.” (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 32)

Kezaliman sudah bermaharajalela di mana-mana, gerhana matahari telah pun berlaku pada 14 Novmber 2012 di ikuti pula gerhana bulan pada 28 November 2012. Manakala bintang berekor telah dapat di lihat oleh para saintis dan hanya menanti kedatangannya.  Letupan demi letupan matahari ‘solar storm’ sering berlaku di dalam 2 tahun ini yang boleh mengakibatkan putusnya tenaga grid/elektrik  di dunia ini. Perkara sebegini pernah berlaku pada tahun  1859 dan 1989, ribut matahari telah menusnahkan bekalan kuasa di ‘grig-grid’ dan mengakibatkan terputusnya bekalan elektrik.

Benarkah dunia akan berakhir hari ini 21 December 2012? Bukti-bukti kukuh telah dapat dilihat dengan jelas.
Akan tetapi selagi belum muncul DAJAL,IMAM MAHDI dan NABI ISA AL-MASEH, selagi itu kiamat tidak akan berlaku.

Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : “Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman.” Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.

Maka tanda-tanda yang nyata sekarang ini adalah permulaan untuk berakhirnya alam maya ini. Kiamat itu benar dan pasti berlaku hanya masa kedatangannya tiada siapa yang boleh pastikan.

About bintangzohra

I am who I am and I do what I have to do. My worship, my sacrifice, my living, my dying are for HIM

Posted on December 21, 2012, in Astronomy, My diary, Sejarah/History and tagged , , , . Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb, sahabatku Zohra…

    21.12.2012 itu sudah berlalu. Segala ramalan mereka palsu belaka. Hanya Allah sahaja yang tahu bilakan kiamat akan berlaku. Masya Allah. Minat benar manusia mahu tahu tentang kiamat ni.

    Oh ya, sengaja mahu memberi juga hadiah award ini pada Zohra sebagai meraikan beesama Hari Ibu di Indonesia, yang tentu setiap hari adalah hari Ibu buat kita umat Islam. 😀

    SELAMAT HARI IBU untuk semua anak-anak, ayah dan ibu-ibu di Indonesia yang meraikan HARI IBU pada hari ini. Sebagai menghargai ibu yang dicintai, saya menghadiahkan 2 AWARD HARI IBU untuk dijadikan kenangan dari Malaysia.

    Silakan kutip award-award tersebut di sini:

    CT143. 22 DISEMBER 2012: SELAMAT HARI IBU UNTUK SAHABATKU… IBU-IBU DI INDONESIA

    Salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak.

    • Mualaikum Salam wr wb Fatimah,

      21.12 2012 adalah ramalan yang disalah tafsirkan. Kebesaran Allah SWT, lihatlah walaupun datangnya dari berbagai agama dan keperayaan mereka tetap percaya tetang kiamat, tettapi ada juga sesetengah pendapat yang cuba menafikan kehadirannya. Kerana itu saya nyatakan di sini berdasarkan Hadith Rasulullah saw bahawa apa yang berlaku ini hanyalah permulaan.

      Terima kasih Fatimah di atas ingatan awak pada saya.

  2. salah satu syirik adalah MERAMAL, karena yan GOIB hanya Allah yang tahu …. mari jangan ikuti orang2 kafir yang tidak faham ilmu agama, setuju … 🙂
    SALAM KANGEN dari Lumajag, Jawa Timur Indonesia …

    • Salam kangen bchree….semoga sehat wal a’fiat bersama keluarga.

      Perkara yang sebenarnya di sini tiada siapa pun yang meramalkan kiamat akan berlaku pada tanggal 21 kelmarin, tetapi kata-kata mereka disalah tafsirkan oleh pihak-pihak tertentu, sehingga heboh pendapat-pendapat kiamat itu.
      Para saintis bukanlah peramal, tetapi mereka telah dapat melihat melalui teleskop akan komet yang sedang menuju ke bumi.Kejadian hari-hai seperti kaji cuaca, tsunami, gerhana bulan dan matahari kita dapat imformasi dari merekakan.
      Sepatutnya kita fahamkan dulu apa yang mereka nak sampaikan baru kila boleh menilai.
      Apa yang berlaku ini menunjukan kebesaran Allah SWT, KIAMAT dipercayai oleh segenap ugama dan masyarakat dan sabda-sabda Rasulullah saw lebih 1400 dahulu telah terbukti sekarang ini.
      Hanya sesetengah sahaja yang masih meraguinya….atau mungkin kerana mereka takut mati agaknya…hehe

Leave a reply to SITI FATIMAH AHMAD Cancel reply