SSallu alaika Ya Rasulullah – Marhaban

Khamis, 12 Rabiul Awal 1434

Cahaya yang seperti matahari bersihnya
Meneragkan malam dengan amat terangnya
Malam yang diputerakan Nabi kita di dalamnya
Yang membawa agama yang nyata benarnya…..
Maka bertalu-talulah suara bersorak dengan riuhnya:
‘Telah zahir Nabi Pilihan, inilah kesukaan sebenarnya.’
Maka sungguh bertuahlah sesiapa yang suka memuliakan Nabi saw itu sebagai tujuan hidupnya.
Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia
dengan bau-bauan yang semerbak dari rahmat dan sejahtera– Maulid Berzanji

permata hati

permata hati

Hai Adam, andaikan tidak ada Muhammad, nescaya Aku tidak akan menciptakanmu ataupun bumi dan langit.
– Hadith Qudsi dari Kitab Hayat Al-Qulub

Penghujung Rindu

Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia

Seribu tahun takkan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa

Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu

Berkurun lamanya …
ku menantiMu di lembah sunyi

About bintangzohra

I am who I am and I do what I have to do. My worship, my sacrifice, my living, my dying are for HIM

Posted on January 24, 2013, in My diary, Sejarah/History and tagged , , , . Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb, Zohra…

    Didoakan sihat dan bahagia bersama keluarga.

    Allahumma sallali’ala saidina Muhammad… nama yang tidak pernah lekang dari bibir dan hati kita dalam setiap selawat yang dizikirkan. Jika kita mencinta Muhammad, otomatis kita mencintai Allah. Berkat nur Muhammad kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

    Betapa kasih dan cintanya Allah kepada Rasulullah SAW sehingga Allah dan para malaikat turut berselawat atasnya. Subhanallah yang mengasihi nabi kita dan kita juga mengasihi nabi-NYA tanpa berbelah bagi.

    Walau tidak pernah melihat wajah, mendengar suara, menjalin ukhuwwah dan mengadu masalah, kita tetap merasai kerinduan yang hebat dan mencintainya tanpa syarat. Ya Allah, aku mencintai nabi pilihan-MU sehingga ke penghujung nyawa.

    Lagu Penghujung Rindu sangat mengemersik dan menyentuh kalbu. Saya menyukai banyak lagu2 Jamal Abdillah. Sentimental dan liriknya sangat mengesankan.

    Salam manis dari Sarikei, Sarawak.😀

    • Mualaikum salam wr wb Fatimah,

      Ssallu alaika Ya Rasulullah, Ssallu alaika.
      Rasulullah saw adalah kekasih Allah SWT, beliau adalah raja segala sebab.
      Sebab beliau maka terciptalah alam maya ini maka itu tercipta juga kita semua.
      Beruntunglah bagi sesiapa yang memuliakannya sebagai tujuan hidupnya.

      Tidak rugi jika kita menyambut dan memuliakan bulan ini walaupun sekarang ini ada sesetengah pendapat yang menyangkal majlis maulid, pendapat mereka yang kuat menyatakan bahawa pada zaman beliau tidak ada sambutan seperti ini.

      Itu terserah masing-masing, jika kita boleh menyambut hari lahir kita, hari perkahwinan kita, hari ibu, hari bapa dan hari kemerdekaan mengapa kita rasa ragu-ragu untuk memuliakan majlis maulid beliau.

      Lagu penghujung rindu melambangkan kerinduan saya padanya, lyriknya sesuai benar pada saya yang tidak henti-henti menjadi hamba pada dunia ini dan saya menanti untuk bertemunya di penghujung rindu.

      Terima kasih Fatimah, selamat berhujung minggu bersama keluarga tercinta

  2. Assalamualaikum Bintang Zohra,
    Pusinya cantik sekali, merembes ke relung hati dan memberi sejuk disana🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s