Category Archives: Excerpt/Petikan

Justice Will Come

In movies, bad people always lose but in the real life, bad people always win.

“Someday, someone was gonna have to take a stand. Someday, someone was gonna have to say enough!”, Perseus’s father – Clash of the Titans.

One day justice will come and find you and I’ll be right there in your memory to remind you.  
–  crazy future phycologist.

 

 

Advertisements

13th Warrior Quotes

I Love this movie and I keep watching this over and over again.

[after the Oracle cast the bones and picks out the thirteenth]

Melchisidek: She says the thirteenth warrior must be no North man.

Ahmed Ibn Fahdlan: What are you saying?

Melchisidek: The thirteenth warrior… is you.

Ahmed Ibn Fahdlan: I am not a warrior.

Herger the Joyous: Very soon, you will be.

Ahmed Ibn Fahdlan: [given a Viking sword] I cannot lift this.

Herger the Joyous: Grow stronger.  Your fate is fixed. Fear profits a man nothing.

Herger the Joyous: Did she finish you off or bring you back to life?

Ahmed Ibn Fahdlan: A gentleman doesn’t discuss such things.

Ahmed Ibn Fahdlan: Merciful Father, I have squandered my days with plans of many things. This was not among them. But at this moment, I beg only to live the next few minutes well. For all we ought to have thought, and have not thought; all we ought to have said, and have not said; all we ought to have done, and have not done; I pray thee, God, for forgiveness

“nothing…..whatever” quote bahaya wanita

Men always want to be right, but women sabotage their success.

Bukan hanya “that’s okay…” malahan kata-kata seperti “nothing…whatever” adalah quote bahaya dari seorang wanita.

“nothing…”

Dr. John Gray, author of Men Are From Mars, Women Are From Venus, best sums it up: “Men have their own caves on which the sign states “Please do not disturb.” Men like to retreat into their own world where they feel they are in control. Women also have caves but the sign on their caves is “I need to talk”. When a man asks a woman what’s wrong and she says “Nothing” it really means “Nothing, unless you care to listen and give me an opportunity to talk.” Of course, there is also the dangerous side of “nothing”. Do you remember Homer Simpson’s words of wisdom? When a woman says nothing’s wrong that means everything’s wrong. The “Nothing Syndrome” is the calm before the avalanche of complaints.

Bila mereka kata “nothing” yang sebenarnya adalah ‘something’ yang mereka tidak puas hati. Kecuali jika kaum lelaki ingin mendengar segala penjelasannya dan berbincang bersamanya, tetapi segala keputusan terletak di tangannya.

“whatever…”

Whatever…a classic among classics, a verbal weapon used by both men and women. When a woman says “whatever” during a fight, it means that she doesn’t want to talk to you anymore, because you are pathetic. At this point you should be VERY worried. She has two words for you: screw you! Women make noises (including yelling) to get attention. When stress strikes and her main hormones – Cortisol, Epinephrine, and Oxytocin – go crazy, don’t let her alone, even if she is pushing you away. On one hand, men have their own caves on which the sign states “Please do not disturb.” Men like to retreat into their own world where they feel they are in control. Women, on the other hand, also have caves but the sign on their caves is “I need to talk”. Whatever can be translated in some cases as: you disappointed me, it seems that I am not the same important to you as you are to me and it hurts.

Apa-apa ajelah…’whatever’ – woo…payah tu, bila perselisihan berlaku. Mereka tidak mahu perbualan ini berterusan kerana ia menyedihkan dan mengecewakan.
Maksudnya wanita merasakan dirinya seolah-olah tidak penting bagi kaum lelaki, tidak sama seperti apa yang ia rasakan lelaki itu penting di dalam hidupnya.

wanita bagaikan bunga, mutiara, simpanan yang tak musnah

Wanita adalah perhiasan dunia dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Jangan lupa juga dengan pepatah ini, disebalik kejayaan lelaki ada wanita berdiri dibelakangnya.

Berbahagialah bagi mereka yang memilih wanita solehah di dalam hidupnya. Mereka tidak sebiadap seperti kebanyakan wanita di luar sana . Ciri-ciri wanita solehah bertentangan dengan akhlak seperti yang dikenali selalunya – you know … ‘oh women – women are problem – I don’t understand women!!!’, from the man point of view.

Jika ada lelaki yang impikan wanita seperti ini, yang pertama harus ada pada dirinya ialah menghormati kaum wanita sebagaimana Rasulullah saw menghormati mereka. Jangan sesekali simpan dalam benak mereka bahawa seorang isteri hanya patut dengar dan taat. Zaman dah berubah dan semakin maju, begitu juga dengan wanita. Sesabar mana jua seseorang itu jika ia di pijak atau tidak dihormati,  bersedialah wahai orang-orang yang berkenaan  untuk menanggong akibatnya.

ala comel-comel

AuratWanitaFatima1CabaranHaji10

Yang di tengah, berkaca mata dan bertudung putih itu Umi, :DNeni di mana ? Oh.. di sebelah Umi, pakai tudung hijau. ;)   Saya ditemani juga oleh BintangZohra, Kakaakin (di belakang sekali), Mintarsih, Monda (di sebelah saya), EviUmmu ElNurien (di depan saya) Mila, Idah Ceris dan Chrismanaby (di depan sekali). Maaf, tidak sempaat ambil foto teman-teman yang lain. Lain kali sahaja. :D
Siti Fatimah Ahmad
http://webctfatimah.wordpress.com

Itulah saya yang memakai tudung biru, comelkan.
Amboi menawan sungguh gadis-gadis dan… ibu-ibu yang di dalam gambar di atas.
Inilah imiginasi Siti Fatimah, teman bloger saya dari Serawak terhadap rakan-rakannya yang  sememang kami semua tidak pernah bersua muka, hanya melalui blog ini sahajalah kami menegur sapa, berkongsi pendapat dan bersilatur rahim.

Alahai Fatimah, kalaulah wajah saya seperti  itu ….WOW!!!

Tulisan yang sampaikan oleh Fatimah  berkenaan aurad wanita. Dapat kita lihat sekarang bagi sesiapa yang menutup aurat tetapi mereka menggayakannya mengikut tren yang hampir sama seperti tidak menutupnya langsung.
Pengalamannya sewaktu di tanah suci juga ada dikongsi bersama, sedih mendengarkan keadaan sesetengah wanita  yang mengabaikan hukum walaupun mereka sedangkan melakukan ibadah haji.

Sejarah Hidup Imam Al-Ghazali

Al-Munqidh Min ad-Dalal

Al-Munqidh Minad-Dalal

Telah bercerita al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī di dalam kitabnya yang bernama al-Munqidh  Minađ-Đalāl:

Telah menjadi nyatalah kepadaku bahawa aku tidak akan mencapai kebahagian akhirat, melainkan dengan bertaqwa, dan juga mengekang kehendak nafsu.
Dan yang utama sekali ialah memotong tali ikatan hati kepada dunia, dengan meninggalkan negeri yang penuh tipu daya ini, dan kembali ke negeri yang kekal abadi.
Dan mengadap kepada Allah Ta‘ala dengan sepenuh hati.
Dan ini tidak akan tercapai, melainkan dengan membuangkan dahulu segala kemegahan dan kekayaan, serta menjauhkan diri dari segala kesibukan dan tuntutan dunia (al-’alā’iq).
Kemudian aku telah memeriksa keadaan diriku sendiri.
Maka aku dapati rupa-rupanya aku telah terperangkap di dalam jaring pada setiap arah.
Dan apabila aku periksa pula pekerjaanku di dalam memberi kuliah dan ceramah, rupa-rupanya aku telah berkecimpung di dalam ilmu-ilmu yang tidak penting, dan tidak bermanfaat di jalan akhirat.
Setelah itu, aku berfikir pula tentang niatku di dalam memberi kuliah.
Nyatalah, aku tidak ikhlas kerana wajah Allah Ta’ala.
Malah, pembangkit dan pendorongku yang sebenar ialah mencari kemegahan dan kemasyhuran yang luas.
Maka, aku pun yakin yang aku sedang berada di pinggir satu jurang yang merbahaya.
Dan aku akan segera terjunam ke dalam api neraka, melainkan aku perbaiki keadaan diriku terlebih dahulu.

Tiadalah aku berhenti daripada berfikir akan keadaanku dan jalan mana yang akan aku pilih.
Hatiku masih berbolak-balik.
Pada suatu hari, aku telah berazam untuk meninggalkan Baghdād, dan melepaskan diriku daripada keadaan hidup harian itu.
Tetapi, pada keesokan harinya, aku telah membatalkan keputusan itu.
Seolah-olah, sebelah kakiku telah melangkah ke hadapan, tetapi yang sebelah lagi telah mundur pula ke belakang!
Di pagi hari, aku telah bertekad untuk menuntut akhirat, tetapi di petang hari, tentera hawa nafsu telah datang menyerang, dan telah menghancurkannya.
Syahwat dunia telah mengurungku, dan memaksa aku tetap kekal sahaja di situ, sedangkan suara keimanan telah menyeru kepadaku, “Kembaralah! Kembaralah! Tiadalah umurmu melainkan tinggal sedikit sahaja, sedangkan di hadapanmu adalah perjalanan yang jauh.
Tiadalah engkau kumpulkan segala ilmu dan amal melainkan semuanya adalah riyak dan palsu belaka.
Jika sekarang engkau masih belum bersiap sedia untuk akhirat, bilakah masanya engkau akan bersiap sedia?
Jika sekarang engkau tidak putuskan tali belenggu itu, bilakah masanya untuk memutuskannya?”
Dan ketika seruan seperti ini bangkit, maka azam dan tekadku pun naik berkobar-kobar, rela menghadapi setiap cabaran dan rintangan.
Tetapi kemudian, datang semula syaitan dan berbisiklah dia, “Ini adalah satu perkara yang mengganggu-ganggu sahaja, jika engkau menyerah kepadanya.
Biarkan sahaja. Ia akan hilang dengan segera. Jika engkau turuti ajakannya, lalu engkau tinggalkan pula segala kemegahan pangkat, serta keadaan yang baik ini, yang bebas daripada sebarang kesulitan, serta keadaan aman sejahtera yang bersih daripada perselisihan dan permusuhan, dan jika engkau turutinya, engkau akan menyesal, dan engkau akan menanggung kesukaran. Engkau tidak akan dapat kembali kepada keadaan senang seperti sebelumnya.”
Dan berterusanlah keadaanku ini, di mana aku berada di antara tarikan syahwat dunia, dan tarikan panggilan akhirat.
Ia berpanjangan selama hampir enam bulan, bermula dari bulan Rejab tahun 488 Hijrah.
Pada bulan itu, aku telah berasa sudah tidak lagi berdaya, tiada lagi ikhtiarku, terpaksa menyerah sahaja.
Allah telah mengunci lidahku, sehingga aku tidak dapat mengajar.
Pada suatu hari, aku gagahi juga diriku untuk menyampaikan kuliah agar dapat menggembirakan hati para pelajarku. Tetapi lidahku telah menjadi kelu.
Aku tidak dapat mengeluarkan sepatah kata pun. Benar-benar tidak berdaya.
Dan keadaan bisu ini telah membuatku berdukacita, sehingga telah menjejaskan kekuatan pencernaan di perutku, dan menyekat makanan dan minumanku.
Roti yang dicecah kuah pun tidak dapat aku kunyah, dan tidak dapat aku telan makanan walaupun sesuap.
Aku menjadi semakin lemah, sehingga para doktor yang merawatiku pun telah berputus asa, dan telah berkata mereka, “Perkara in berpunca dari kalbu.
Dari situ, ia telah merebak hingga ke seluruh badan. Dan tiada cara untuk mengubatinya, melainkan melaluinya juga. Buangkanlah rahsia yang telah menghasilkan segala duka nestapa ini.”
Akhirnya, setelah menyedari akan betapa lemahnya diriku, setelah kehabisan segala ikhtiarku, aku pun berserah bulat-bulat kepada Allah Ta‘ala.
Dia telah memperkenankan doaku, kerana Dialah Tuhan yang memperkenankan doa orang yang terdesak, apabila orang itu berdoa kepadaNya.
Kini, menjadi ringanlah bagi hatiku untuk meninggalkan segala kemegahan, kekayaan, anak-anak dan rakan-rakan.

Oleh itu, pada bulan Zulkaedah tahun 488 Hijrah, al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī telah meletakkan jawatannya sebagai pengetua di al-Madrasah an-Niżāmiyyah di Baghdād, dan telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Baghdād dan menjadi seorang pengembara.
Selama dua tahun lamanya beliau berada dalam ‘uzlah (tahun 488 H/1095 M ) di salah sebuah daripada menara-menara masjid Umayyah di Damsyik; kemudian beliau pergi ke Jerusalem untuk menjalankan ‘uzlah lagi di mana beliau melakukan tafakur yang mendalam di Masjid ‘Umar dan Qubbat al-Sakhr (The Dome of the Rock).
Selepas daripada melawat makam Nabi Ibrahim a.s. di Hebron, beliau melaksanakan hajinya ke Makkah dan pergi ke Madinah. Itu diikuti dengan amalan ber’uzlah di tempat-tempat yang mulia dan masjid-masjid, serta mengembara di padang-padang pasir. Selepas daripada sebelas tahun berada dalam pengembaraan beliau kembali ke kota kelahirannya Tus, dalam tahun 499 H/1105 M.

Nazubillah min zalik – نعوذ بالله من ذلك

Kisah -1
Hati-hati terhadap riya’

Pada suatu hari di waktu sahur, seorang  ‘abid  membaca qur’an, surat Thaha. Ia membaca al-qur’an itu di dalam biliknya yang bersebelahan dengan jalan. Selesai membaca, dia berasa amat mengantuk, lalu tertidur.dalam tidurnya, dia bermimpi melihat seorang lelaki turun dari langit membawa al-qu’an.

Lelaki itu mendatangi ‘abid tersebut dan segera membuka al-qur’an di depannya. Lelaki tersebut memperlihatkan halaman demi halaman dalam surat tersebut, si ‘abid melihat adanya sepuluh kebajikan sebagai tanda diberikan pahala untuknya. Namun ternyata ada satu kalimat dalam surat tersebut  yang cacatan pahalanya dipadamkan.

Lalu si ‘abid bertanya, “Demi Allah, sesungguhnya aku telah baca seluruh surat ini, tanpa meninggalkan satu surat pun. Tetapi, mengapa cacatan pahala untuk kalimat ini dipadamkan?”

“Memang benar kata-katamu itu. Engkau memang tidak meninggalkan satu kalimat pun dalam bacaan ini. Dan, di setiap kalimat itu telah kami cataatkan pahalanya. Tetapi, ketika kami sedang mencatatkan pahalamu, tiba-tiba kami mendengar suara menyeru dari arah ‘Arasy, ‘ Padamkankan cacatan itu dan gugurkan pahala untuk kalimah itu.’ Oleh kerana itu, kami segera memadamkannya.”

Si ‘abid menangis mendengarnya dan bertanya, “Kenapa hal ini terjadi?”

“Penyebabnya adalah engkau sendiri. Ketika engkau sedang membaca surat tersebut, seorang hamba Allah melewati  jalan di hadapan rumahmu. Engkau sadar akan hal itu, lalu engkau meninggikan suara bacaanmu agar didengar oleh orang itu. Kalimat yang tiada cacatan pahala itulah yang telah engkau baca dengan suara tinggi.

Si ‘abid kemudian terjaga dari tidurnya, “Astaghfirullahala’zim …sungguh licin virus riya’ menyusup masuk ke dalam hatiku dan sungguh besar kecelakaannya. Dalam sekelip mata saja ibadahku dimusnahkannya.”

Memang benarlah kata para ulama’ yang menyebut bahawa penyakit riya’ atau ujub ternyata boleh membinasakan amal ibadah seseorang selama tujuh puluh tahun.

**************************************************************

Kisah-2
Mereka yang pertama mendapatkan siksa

Rasulullah saw bercerita, “Pada hari qiamat, Allah akan menghukum semua makhluk dan semua makhluk tersebut akan bertekuk lutut. Pada hari itu, orang yang pertama akan dipanggil ialah orang yang mengerti al-qur’an, kedua orang yang mati fisabilillah  dan ketiga orang yang kaya.

“Allah akan bertanya kepada orang yang mengerti al-qur’an, ‘Bukankah Aku telah mengajar kepadamu apa yang aku turunkan kepada utusan-Ku?’
“Orang itu menjawab, ‘Benar ya Tuhanku. Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjakannya di waktu siang.’
“Allah berfirman, ‘Dusta! Kamu hanya mahu digelar sebagai qari dan qariah.’

“Lalu datang orang yang kedua (mati fisabilillah), dan Allah bertanya. ‘Kenapa kamu terbunuh?’
“Jawab orang iru. ‘Aku telah berperang untuk menegakkan agama-Mu.’
“Allah berfirman, ‘Dusta! Kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu telah mendapat gelaran tersebut. Malaikat juga berkata demikian.’

“Kemudian datang orang ketiga (orng kaya) dan ditanya oleh Allah swt, ‘Apa yang kamu perbuat terhadap harta yang Aku berikan kepadamu?’
“Orang itu menjawab, ‘Aku gunakan untuk membantu kaum keluargaku dan juga untuk bersedekah.’
“Lantas Allah berkata, ‘Dusta! Kamu hanya ingin disebut dermawan dan kamu telah dikenal dengan sebutan begitu. Malaikat juga berkata demikian.’

“Rasulullah saw menerangkan bahawa ketiga-tiga inilah golongan peretama yang akan bibakar dalam api neraka.”

Kumpulan cerita dan teladan. 
 Kitab -  Dinikahkan Dengan Bidadari dari Imam Musbikin

Walaupun tanpa nas shahih yang dijadikan bahan rujukan dari kedua-dua kisah ini, ternyata ia sungguh membuka mata kita buat pedoman dan mesti dijadikan iktibar. Kerana kebanyakannya atau lumrahnya makhluk tuhan (jenis orang), segala perbuatan yang mereka amalkan selalunya ingin mendapat perhatian umum dan minta namanya disanjung, bertujuan mengenalkan kepada semua bahawa siapa mereka ini – ulama’, dermawan, pahlawan, guru dan lain-lain yang canggih-canggih di mata masyarakat.

Padahal apa yang mereka lakukan semua itu adalah kebaikan demi kabaikan yang sangat digalakkan sebagai umat Islam. Cuma di dalam hati mereka mempunyai satu persaan yang amat halus dan tidak dapat dihidu oleh orang lain. Tetapi tidak kepada DIA, YANG MAHA MENGETAHUI. Sehingga Rasulullah saw sendiri berasa lebih khuatir akan perkara ini menimpa umatnya.

Sesuai dengan ayat quraan dalam Surat Annisa,  4:142

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.”

Ayat quraan surah: Surat Az-Zalzalah, 99:6-8

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Hadith Rasulullah saw,

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah keluar bersama kami, sementara kami sedang berbincang-bincang tentang dahsyatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Maka beliau bersabda, “Maukah aku beritahukan kepada kalian tentang sesuatu yang lebih aku khawatirkan menimpa diri kalian daripada Al-Masih Ad-Dajjal?” Kami menjawab, “Tentu.” Beliau bersabda, “Syirik yang tersembunyi, yaitu seseorang mengerjakan shalat lalu dia membaguskan shalatnya karena ada seseorang yang memperhatikannya.” (HR. Ibnu Majah)

Duka Harun Ar-Rasyid

pesan untuk ayahanda

pesan untuk ayahanda

Abdullah bin Al-Faraj Al-‘Abid mengisahkan. Pada suatu hari aku keluar mencari seseorang untuk memperbaiki rumahku. Lalu, ada seseorang yang memberitahuku akan seorang tukang yang tampan.

Aku pun bertanya kepadanya, “ Bersediakah kau bekerja di rumahku hingga waktu petang?
“Bersedia,” jawabnya.
“Berapa upahnya?” tanyaku.
“Satu dirham,” katanya lagi.
“Mari ke rumahku,” ajakku kemudian.

Ia pun berangkat ke rumahku. Satu hari sahaja ia bekerja, hasilnya mengimbangi hasil pekerjaan tiga orang. Pada hari berikutnya, aku mencarinya  lagi. Namun aku tidak menemukannya. Orang-orang di sekitar situ memberi tahuku bahwa ia berada di tempat itu hanya satu hari sahaja. Aku pun menunggunya sampai hari yang disarankan oleh mereka. Pada waktu yang ditentukan, aku pun menemuinya dan melihat dia sedang duduk dekat di alat pertukangan.

Aku bertanya, “Mahukah kau bekerja di rumahku lagi?”
“Mau,” jawabnya.
“Berapa upahnya?” tanyaku.
“Satu dirham,”jawabnya
“Mari ke rumahku,” ajakku kemudian.

Ia pun bekerja dengan hasil yang seimbang dengan tiga orang. Pada waktu petang, setelah selesai bekerja aku memberinya wang dua dirham kerana aku ingin membuatnya senang. Tetapi ia menolak walaupun kupaksa.
Ia berkata, “Subhanallah! Sudah kukatakan aku tidak mahu dan tolong jangan memaksa.”
Ia benar-benar tidak mahu menerimanya lalu pergi. Isteriku mendekatiku sambil berkata, “Bagaimana kau ni. Orang bekerja dengan hasil yang sepadan dengan tiga orang, namun kau tak memberinya upah yang setimpal.”

Pada hari yang lain, aku kembali mencarinya dan aku diberi tahu yang dia sedang sakit. Aku mencari rumahnya, setelah menemukannya , aku ketuk pintu itu dan masuk. Saat itu ia sedang terbaring kerana sakit perut. Di dalam pondoknya tidak ada satu barang pun melainkan barang pertukangan.

Ku ucapkan salam dan ia pun menjawabnya lantas aku berkata, “Aku  ada perlu denganmu dan kau tahu keutamaan orang yang mengembirakan orang mukmin lain. Aku ingin membawamu ke rumahku supaya dapat merawatmu.”
“Benarkah kau ingin melakukan hal itu?” tanyanya.
“Benar,” jawabku mantap.
“Aku mahu, namun aku mempunyanyi tiga syarat,” jawabnya lagi.
“Baiklah”, kataku.
“Pertama, jangan menawarkan makanan padaku sebelum aku memintanya. Kedua, jika aku mati, kafanilah aku dengan menggunakan jubah dan pakaianku ini. Ketiga, syarat yang lebih berat daripada sebelumnya dan akan kukatakan nanti.”

Aku setuju dan membawanya pulang ke rumahku. Sampai di rumah waktu sudah masuk shalat zhuhur. Keesokan hari, dia memanggilku, aku mendekatinya dan bertanya, “Ada apa?”

“Saat ini aku ingin memberitahu syarat yang ketiga kelmarin. Rasanya aku akan mati. Tolong bukakan kantong kecil yang ada di lengan jubahku ini,” katanya.

Kubuka kantongnya dan di dalamnya ada sebuah cincin permata berwarna hijau. Lalu ia berkata padaku, “Apabila aku mati dan kau telah menguburkanku, tolong ambillah cincin ini dan serahkan kepada Sultan Harun ar-Rasyid. Katakan padanya, pemilik cincin ini berpesan padamu agar jangan sekali-kali kau mati dalam keadaan mabok dunia, sebab kau akan menyesal.”

Setelah ia meninggal dan kumakamkannya, aku pun mencari informasi mengenai waktu yang biasanya Sultan Haru ar-Rasyid keluar dari istananya. Ku tulis kisah orang tadi dan kuberikan kepada Sultan sewaktu beliau keluar. Sekembalinya beliau ke istana dan membaca surat itu, aku dipanggil untuk mengadap. Sultan bertanya kepadaku, “Bagaimanakah ceritanya?”

Lantas aku keluarkan cincin itu dan begitu ia melihatnya, langsung ia bertanya, “Dari siapa kau peroleh cincin itu?”
“Dari seorang tukang,” jawabku.
Sultan memintaku supaya mendekat. Lalu aku berkata lagi, “Wahai Amirul Mukminin, tukang itu juga member wasiat yang harus kusampaikan kepada tuan. Ia berwasiat setelah cincin ini diserahkan, ia ada berpesan padamu, ‘Jangan sekali-kali kau mati dalam keadaan mabok dunia seperti ini. Jika kau mati dalam keadaan demikian, maka kau akan menyesal.”

Ketika itu juga , sultan bangkit lalu meratap dan menangis dengan keras. Ia membolak balikkan rambut dan janggutnya seraya berkata, “Wahai anakku! Kau telah menasihati ayahmu sewaktu kau masih hidup dan setelah kau mati.”

Dalam hatiku berkata ternyata tukang itu adalah putera Harun Ar-Rasyid dan aku masih belum yakin dengan kesimpulan ini. Namun anehnya sultan menangis begitu lama sekali. Setelah tenang beliau membasuh mukanya dan bertanya kepadaku, “Bagaimana kau mengenalnya?”

Aku menceritakan segalan yang terjadi. Sultan sambil tesedu-sedu memberitahuku,
“Ketahuilah, si tukang itu adalah anakku yang pertama. Waktu itu, ayahku Sultan Al-Mahdi, telah memutuskan untuk menikahkanku dengan Zubaidah. Pada satu hari, kulihat seorang gadis yang sangat memikat hatiku dan kunikahinya tanpa pengetahuan ayahku. Istriku melahirkan anak ini, lalu aku menempatkan mereka di Basrah dan kuberikan cincin ini beserta barang-barang yang lain. Kepada mereka aku berpesan, ‘Jika kalian telah mendengar aku dilantik sebagi khalifah, datanglah kalian kepadaku.’ Setelah aku diangkat sebagai khalifah, ku cari mereka, tetapi ada orang yang mengatakan mereka telah mati. Aku tidak tahu bahawa mereka masih hidup. Di manakah kau kuburkannya?” Tanya Sultan padaku.“Ia ku makamkan di pemakaman Abdullah bin al-Mubarak.

“Aku perlukan bantuanmu. Tunggu aku nanti setelah maghrib. Aku akan mendatangi makam anakku dengan menyamar.”

Malam harinya, ku hantar sultan ke makam anaknya. Sepanjang malam dia menangis seraya berkata, “Wahai anakku! Kau telah menasihati ayahmu sewaktu kau masih hidup dan setelah kau mati.”

Aku turut menangis melihat tangisan sultan yang memilukan itu. Begitu sampai di pintu gerbang setelah pulang dari makam. Sultan berkata padaku, “Aku telah memerintahkan seseorang untuk memberikan wang 10.000 dirham padamu. Aku juga telah memerintahkan untuk memberimu gaji. Bila aku meninggal, kuwasiatkan kepada penggantiku untuk memberimu gaji selagi kau masih hidup. Kau mempunyai hak kerana telah memakamkan anakku.” Sambungnya, “Perhatikanlah baik-baik apa yang telah kupesankan tadi, bila matahari telah terbit.”
“Insya Allah,” jawabku.

Kemudian  aku pulang dan tidak pernah datang lagi ke istana.

Kumpulan cerita dan teladan.
 Kitab -  Dinikahkan Dengan Bidadari dari Imam Musbikin