Category Archives: Sejarah/History

30 Rabiul Awal 1438

Berakhirnya bulan RabiulAwal 1438, bersamaan tinggal hanya sehari aje lagi kita berada didalam tahun 2016.

Ssallu a’laika Ya Rasulullah…Ssallu a’laika Ya Rasulullah…Ssallu a’laika Ya Rasulullah

saat raga tak mampu bersua
saat kata tak mampu terungkap
saat asa hanyalah sebuah mimpi

kutulis dengan cinta

Advertisements

13th Warrior Quotes

I Love this movie and I keep watching this over and over again.

[after the Oracle cast the bones and picks out the thirteenth]

Melchisidek: She says the thirteenth warrior must be no North man.

Ahmed Ibn Fahdlan: What are you saying?

Melchisidek: The thirteenth warrior… is you.

Ahmed Ibn Fahdlan: I am not a warrior.

Herger the Joyous: Very soon, you will be.

Ahmed Ibn Fahdlan: [given a Viking sword] I cannot lift this.

Herger the Joyous: Grow stronger.  Your fate is fixed. Fear profits a man nothing.

Herger the Joyous: Did she finish you off or bring you back to life?

Ahmed Ibn Fahdlan: A gentleman doesn’t discuss such things.

Ahmed Ibn Fahdlan: Merciful Father, I have squandered my days with plans of many things. This was not among them. But at this moment, I beg only to live the next few minutes well. For all we ought to have thought, and have not thought; all we ought to have said, and have not said; all we ought to have done, and have not done; I pray thee, God, for forgiveness

AL AMIN – SSallu alaika Marhaban

SSallu Alaika Ya Rasululllah – Selasa 12 Rabbi’ul Awal 1435

Telah Datang Dia

Telah datang lelaki pilihan
Telah datang lelaki pilihan

Dialah kekasih manusia
Dialah utusanTuhan

AL AMIN pembawa amanah

Dialah pembebas manusia
Dialah kekasih kita

Telah datang lelaki pilihan
Telah datang lelaki pilihan

Dialah kekasih manusia
Dialah utusan Tuhan

Telah datang lelaki pilihan
AL AMIN pembawa amanah

Dialah kekasih Tuhan
Dialah kekasih kita

SSallu alaika Ya Rasulullah – Marhaban

Khamis, 12 Rabiul Awal 1434

Cahaya yang seperti matahari bersihnya
Meneragkan malam dengan amat terangnya
Malam yang diputerakan Nabi kita di dalamnya
Yang membawa agama yang nyata benarnya…..
Maka bertalu-talulah suara bersorak dengan riuhnya:
‘Telah zahir Nabi Pilihan, inilah kesukaan sebenarnya.’
Maka sungguh bertuahlah sesiapa yang suka memuliakan Nabi saw itu sebagai tujuan hidupnya.
Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia
dengan bau-bauan yang semerbak dari rahmat dan sejahtera– Maulid Berzanji

permata hati

permata hati

Hai Adam, andaikan tidak ada Muhammad, nescaya Aku tidak akan menciptakanmu ataupun bumi dan langit.
– Hadith Qudsi dari Kitab Hayat Al-Qulub

Penghujung Rindu

Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia

Seribu tahun takkan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa

Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu

Berkurun lamanya …
ku menantiMu di lembah sunyi

Sejarah Hidup Imam Al-Ghazali

Al-Munqidh Min ad-Dalal

Al-Munqidh Minad-Dalal

Telah bercerita al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī di dalam kitabnya yang bernama al-Munqidh  Minađ-Đalāl:

Telah menjadi nyatalah kepadaku bahawa aku tidak akan mencapai kebahagian akhirat, melainkan dengan bertaqwa, dan juga mengekang kehendak nafsu.
Dan yang utama sekali ialah memotong tali ikatan hati kepada dunia, dengan meninggalkan negeri yang penuh tipu daya ini, dan kembali ke negeri yang kekal abadi.
Dan mengadap kepada Allah Ta‘ala dengan sepenuh hati.
Dan ini tidak akan tercapai, melainkan dengan membuangkan dahulu segala kemegahan dan kekayaan, serta menjauhkan diri dari segala kesibukan dan tuntutan dunia (al-’alā’iq).
Kemudian aku telah memeriksa keadaan diriku sendiri.
Maka aku dapati rupa-rupanya aku telah terperangkap di dalam jaring pada setiap arah.
Dan apabila aku periksa pula pekerjaanku di dalam memberi kuliah dan ceramah, rupa-rupanya aku telah berkecimpung di dalam ilmu-ilmu yang tidak penting, dan tidak bermanfaat di jalan akhirat.
Setelah itu, aku berfikir pula tentang niatku di dalam memberi kuliah.
Nyatalah, aku tidak ikhlas kerana wajah Allah Ta’ala.
Malah, pembangkit dan pendorongku yang sebenar ialah mencari kemegahan dan kemasyhuran yang luas.
Maka, aku pun yakin yang aku sedang berada di pinggir satu jurang yang merbahaya.
Dan aku akan segera terjunam ke dalam api neraka, melainkan aku perbaiki keadaan diriku terlebih dahulu.

Tiadalah aku berhenti daripada berfikir akan keadaanku dan jalan mana yang akan aku pilih.
Hatiku masih berbolak-balik.
Pada suatu hari, aku telah berazam untuk meninggalkan Baghdād, dan melepaskan diriku daripada keadaan hidup harian itu.
Tetapi, pada keesokan harinya, aku telah membatalkan keputusan itu.
Seolah-olah, sebelah kakiku telah melangkah ke hadapan, tetapi yang sebelah lagi telah mundur pula ke belakang!
Di pagi hari, aku telah bertekad untuk menuntut akhirat, tetapi di petang hari, tentera hawa nafsu telah datang menyerang, dan telah menghancurkannya.
Syahwat dunia telah mengurungku, dan memaksa aku tetap kekal sahaja di situ, sedangkan suara keimanan telah menyeru kepadaku, “Kembaralah! Kembaralah! Tiadalah umurmu melainkan tinggal sedikit sahaja, sedangkan di hadapanmu adalah perjalanan yang jauh.
Tiadalah engkau kumpulkan segala ilmu dan amal melainkan semuanya adalah riyak dan palsu belaka.
Jika sekarang engkau masih belum bersiap sedia untuk akhirat, bilakah masanya engkau akan bersiap sedia?
Jika sekarang engkau tidak putuskan tali belenggu itu, bilakah masanya untuk memutuskannya?”
Dan ketika seruan seperti ini bangkit, maka azam dan tekadku pun naik berkobar-kobar, rela menghadapi setiap cabaran dan rintangan.
Tetapi kemudian, datang semula syaitan dan berbisiklah dia, “Ini adalah satu perkara yang mengganggu-ganggu sahaja, jika engkau menyerah kepadanya.
Biarkan sahaja. Ia akan hilang dengan segera. Jika engkau turuti ajakannya, lalu engkau tinggalkan pula segala kemegahan pangkat, serta keadaan yang baik ini, yang bebas daripada sebarang kesulitan, serta keadaan aman sejahtera yang bersih daripada perselisihan dan permusuhan, dan jika engkau turutinya, engkau akan menyesal, dan engkau akan menanggung kesukaran. Engkau tidak akan dapat kembali kepada keadaan senang seperti sebelumnya.”
Dan berterusanlah keadaanku ini, di mana aku berada di antara tarikan syahwat dunia, dan tarikan panggilan akhirat.
Ia berpanjangan selama hampir enam bulan, bermula dari bulan Rejab tahun 488 Hijrah.
Pada bulan itu, aku telah berasa sudah tidak lagi berdaya, tiada lagi ikhtiarku, terpaksa menyerah sahaja.
Allah telah mengunci lidahku, sehingga aku tidak dapat mengajar.
Pada suatu hari, aku gagahi juga diriku untuk menyampaikan kuliah agar dapat menggembirakan hati para pelajarku. Tetapi lidahku telah menjadi kelu.
Aku tidak dapat mengeluarkan sepatah kata pun. Benar-benar tidak berdaya.
Dan keadaan bisu ini telah membuatku berdukacita, sehingga telah menjejaskan kekuatan pencernaan di perutku, dan menyekat makanan dan minumanku.
Roti yang dicecah kuah pun tidak dapat aku kunyah, dan tidak dapat aku telan makanan walaupun sesuap.
Aku menjadi semakin lemah, sehingga para doktor yang merawatiku pun telah berputus asa, dan telah berkata mereka, “Perkara in berpunca dari kalbu.
Dari situ, ia telah merebak hingga ke seluruh badan. Dan tiada cara untuk mengubatinya, melainkan melaluinya juga. Buangkanlah rahsia yang telah menghasilkan segala duka nestapa ini.”
Akhirnya, setelah menyedari akan betapa lemahnya diriku, setelah kehabisan segala ikhtiarku, aku pun berserah bulat-bulat kepada Allah Ta‘ala.
Dia telah memperkenankan doaku, kerana Dialah Tuhan yang memperkenankan doa orang yang terdesak, apabila orang itu berdoa kepadaNya.
Kini, menjadi ringanlah bagi hatiku untuk meninggalkan segala kemegahan, kekayaan, anak-anak dan rakan-rakan.

Oleh itu, pada bulan Zulkaedah tahun 488 Hijrah, al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī telah meletakkan jawatannya sebagai pengetua di al-Madrasah an-Niżāmiyyah di Baghdād, dan telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Baghdād dan menjadi seorang pengembara.
Selama dua tahun lamanya beliau berada dalam ‘uzlah (tahun 488 H/1095 M ) di salah sebuah daripada menara-menara masjid Umayyah di Damsyik; kemudian beliau pergi ke Jerusalem untuk menjalankan ‘uzlah lagi di mana beliau melakukan tafakur yang mendalam di Masjid ‘Umar dan Qubbat al-Sakhr (The Dome of the Rock).
Selepas daripada melawat makam Nabi Ibrahim a.s. di Hebron, beliau melaksanakan hajinya ke Makkah dan pergi ke Madinah. Itu diikuti dengan amalan ber’uzlah di tempat-tempat yang mulia dan masjid-masjid, serta mengembara di padang-padang pasir. Selepas daripada sebelas tahun berada dalam pengembaraan beliau kembali ke kota kelahirannya Tus, dalam tahun 499 H/1105 M.

Ini Hanya Permulaan-‘End of the World’

End of the world… Itulah yang dihebuhkan akan berlaku pada 21/12/2012 mengikut Mayan Kalender- End of Mayan Calender.

Ada yang percaya ada yang tidak.

Menurut kajian Astrofizik Profesor Jocelyn Bell Burnell, Saintis meramalkan akan berlaku bencana yang boleh membawa kepada ‘Doomsday=kiamat‘ seperti serangan darkcomet, hanya mereka tidak pasti bila akan kedatangannya.
Tetapi Astronomi Rusia telah menemui Comet S/2012 S1 , menyatakan komet itu sedang mendatang dengan laju ke arah Bumi.
Comet=bintang berekor

Japanese Princess Makes Shocking Statement About 2012
Ia tidak mudah untuk sesiapa sahaja untuk bercakap tentang apa yang ia jangkakan akan berlaku pada tahun 2012, tetapi selepas kebangkitan rohani beliau, Puteri Jepun Kaoru Nakamaru bercakap mengenai bagaimana Bumi akan berubah menjadi realiti dimensi 5 ……perubahan akan berlaku selepas 21 December 2012, bumi akan gelap selama tiga hari dan terputus segala bekalan elektrik.

Pengakuan Princess Kaoru Nakamaru ini diambil ketika Persidangan Pythagoras diadakan tahun ini pada 2 Januari 2012. Beliau bukan seorang peramal tetapi ia melihat kejadian ini akan berlaku melalui mata hatinya ‘the 3rd eye’ .

Michel de Nostredame – 14 /21 December 1503 – 2 July 1566.
Beliau adalah apotekari Perancis di abad 15 yang terkenal sebagai ‘Prophecy’ dan peramal wabak. Ramalannya yang terbukti benar tentang Lady Diana, Twin Tower, Tsunami dan lain-lain lagi membuat beliau menjadi termasyur seluruh dunia. Sila tonton video di bawah ini untuk keterangan yang lebih lanjut.

From the calm morning,
the end will come
when of the dancing horse
the number circles will be nine – Nostradamus 1555

‘Calm morning’ melambangkan negara Korea.
‘Dancing horse’ tarian Gangnam Style dari PSY.
‘Number of circles will be 9’ sembilan bulatan bermaksud view lagu Psy di youtube mencecah 1billion = 9 kosong.

psy-nostradamus

Hari ini, di  saat ini Jumaat 21 December 2012 jam 11.25 pagi, sewaktu saya menulis post ini, youtube PSY-Gangnam style telah mencecah sebanyak 994,277,961 view.

Setelah menilai penjelasan dari para saintis, Princess dari Jepun  dan peramal dari Perancis yang ramalannya belum pernah salah, mari kita kembali kepada apa yang termaktub di dalam Al-Quraan dan hadith, tentang kiamat.

Sabda Rasulullah saw,“Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

“Sebelum kemunculan Imam Mahdi, sebutir bintang berekor akan muncul dari arah timur.” (Ibn Hajar Al Haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi ‘alamat Al Mahdi Al Muntazzar)
“Munculnya bintang itu akan terjadi setelah gerhana matahari dan bulan.” (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 32)

Kezaliman sudah bermaharajalela di mana-mana, gerhana matahari telah pun berlaku pada 14 Novmber 2012 di ikuti pula gerhana bulan pada 28 November 2012. Manakala bintang berekor telah dapat di lihat oleh para saintis dan hanya menanti kedatangannya.  Letupan demi letupan matahari ‘solar storm’ sering berlaku di dalam 2 tahun ini yang boleh mengakibatkan putusnya tenaga grid/elektrik  di dunia ini. Perkara sebegini pernah berlaku pada tahun  1859 dan 1989, ribut matahari telah menusnahkan bekalan kuasa di ‘grig-grid’ dan mengakibatkan terputusnya bekalan elektrik.

Benarkah dunia akan berakhir hari ini 21 December 2012? Bukti-bukti kukuh telah dapat dilihat dengan jelas.
Akan tetapi selagi belum muncul DAJAL,IMAM MAHDI dan NABI ISA AL-MASEH, selagi itu kiamat tidak akan berlaku.

Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : “Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman.” Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.

Maka tanda-tanda yang nyata sekarang ini adalah permulaan untuk berakhirnya alam maya ini. Kiamat itu benar dan pasti berlaku hanya masa kedatangannya tiada siapa yang boleh pastikan.

Mereka yang Patut Dikenang – Para Sahabat yang Diseksa

Rasulullah saw di lakukan begitu zalim oleh kaum Quraisy sewaktu beliau mula menyebarkan agama Islam. Digelar sebagai orang gila, di hina, dimaki, dilempar najis, dibelasah dan juga mereka sanggup memberikan apa sahaja pada beliau samada harta , panggkat dan wanita  asalkan Rasulullah sanggup berhenti dari berdakwah.
Tetapi Rasulullah menjawab, ”Demi Allah…wahai paman, seandainya mereka dapat meletakkan matahari di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiri ku agar aku meninggalkan tugas suci ku, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkan (Islam) atau aku hancur karena-Nya”……
Kaum Quraisy yang tidak pernah berputus asa mengambil langkah yang lebih zalim. Mereka mula membasmi terhadap kaum yang lemah. Satu persatu hamba abdi menjadi sasaran mereka, begitu juga kepada kaum keluarga mereka sendiri atau kepada sesiapa sahaja yang boleh mereka aniaya. Syaidinah Abu Bakar ra pernah diikat bersama Thalhah bin ‘Ubaidillah ra ketika mereka ingin melakukan shalat oleh Naufal bin Khuwailid al-Adawi.
Inilah nama-nama para sahabat yang patut dikenang di atas kesengsaraan dan penderitaan yang mereka alami demi mempertahankan tauhid mereka.
Zubsir bin ‘Awwam ra*
Usianya masih teramat muda, 16 tahun. Tubuhnya dipukul kaum musyrik berkali-kali sehingga membuat dadanya terkena penyakit. Rasulullah saw lalu mengizinkan Zubair memakai pakaian sutra untuk menyembuhkan penyakitnya.
Keluarga Yasir ra*
Keluarga Amar bin Yasir (ayah, ibu dan anak) berasal dari bani Makhzum. Mereka di seret keluar menuju al-Abthah oleh kaum musyrik yang dipimpin oleh Abu Jahal.
Ayahnya meninggal kerana seksaan itu sedangkan ibunya pula Sumayyah ra, ditusuk dari arah belakang dengan tombak oleh Abu Jahal. Beliaulah wanita pertama yang mati syahid.
Sementara Amar pula dijemur ditengah panas dan di atas dadanya ditindih dengan baru yang keras. Mereka juga menenggelamkan wajahnya kedalam air sehingga pingsan. Apabila beliau separuh sedar kaum musyrik mernyuruh beliau berbalik kepada agama asalnya atau akan diseksa dengan lebih dasyat lagi. Amar melakukannya kerana terpaksa lalu kembali kepada Rasulullah sambil menangis.
Maka turunlah ayat quraan di atas peristiwa ini –
Sesiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman dia mendapat kemurkaan dari Allah, kecuali orang yang dipaksa kafir, padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa) An-Nahl : 106
Uthman bin Affan ra*
Dia digulung ke dalam tikar yang dibuat dari daun kurma oleh bapa saudaranya sendiri kemudian diasapi dari bawah.
Mush’ab bin Umair ra*
Beliau tergolong dari orang yang hidupnya berkecukupan. Ketika ibunya mengetahui keislamannya, ia dibiarkan kelaparan dan diusir dari rumah. Setelah hidupnya terbuang kulitnya menjadi tak terawat sehingga bersisik seperti kulit ular.
Shuhaib bin Sinan ar-Rumi ra*
Ia diseksa hingga hilang ingatan (amnesia) dan tidak memahami apa yang dibicarakannya sendiri.
Abu Fakihah ra*
Nama asalnya Aflah dari Bani Abdi ad-Dar. Mukanya dijerembabkan ke tanah yang panas terik dan di atas punggungnya ditimpa batu besar sehingga dia tidak mampu bergerak hingga hilang ingatan. Di waktu yang lain kakinya diikat lalu diseretnya dan lemparkan ke tengah padang dan mereka mencekiknya sehingga mereka mengira Abu Fakihah telah mati. Disaat itu Abu Bakar  melewati tempat itu lalu membeli Abu Fakihah dan memerdekakannya.
Khabbab bin al-Arts ra*
Siksa keji dialami beliau. Rambutnya dijambak, lehernya ditarik dengan kasar dan dilemparkannya ke dalam api, lalu tubuhnya ditarik keluar dari api sehingga nampak minyak yang keluar di sela pori-pori kulit punggungnya yang melepuh terbakar.
Zunairah ra*
Ia seorang budak wanita asal dar Romawi yang masuk islam. Matanya dipukul sehingga buta, orang-orang musyrik menghinanya dengan mengatakan bahwa dia mendapat kutukan dari Latta dan Uzza. Namun Zunairah menafikan kutukan itu beliau berkata. “Ini datang dari Allah, jika DIA menghendaki, DIA akan menyembuhkannya.” Esok hari Allah SWT menyembuhkan penglihatanya. Orang-orang Quraisy menganggap ini adalah sihir dari Rasulullah saw.
Ummu Ubais ra*
Beliau adalah seorang budak dari Bani Zahrah. Setelah masuk Islam, ia disiksa kaum musyrik terutama tuannya Aswad bin Abdi Yaghuts, salah seorang yang paling memusuhi Rasulullah saw.
Seorang budak perempuan Bani Muammal, suku Bani Adi
Ia dipukul oleh Umar bin Khaththab ketika beliau masih musyrik. Dia menyiksa budak itu sehingga dirinya sendiri merasa lelah, ”Yang membuatku membiarkanmu hanyalah kerana aku keletihan,” kata Umar. Lalu perempuan itu menjawab, “Demikian pula tuhanmu akan memperlakukan kamu.”
An-Nahdiyah dan anaknya ra*
Keduanya menjadi budak seorang perempuan dari Bani ‘Abdu ad-Dar ( Ibnu HAsyim). Semua budak lelaki dan perempuan dibeli oleh Abu Bakar ra kemudian dimerdekakannya. Bapa Abu Bakar, Abu Qauhafah mencelanya dengan berkata, “Aku melihatmnu membebaskan budak-budak yang lemah, andai engkau membebaskan buda-budak yang perkasa, mereka pasti akan menjadi pengawalmu. Abu bakar menjawab, “Aku hanya mengharapkan redha Allah!”
Lalu turun firman Allah SWT yang ditujukan kepada Abu Bakar dan mencela musuh-musuhnya –
Maka kami memperingatkanmu dengan neraka yang menyala-nyala. Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka,yang mendustakan (kebenaran) dan berpaling (dari iman).
Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling taqwa dari neraka itu, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya, padahal tidak ada seorang pun memberikan sesuatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya, tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keridhaan Tuhannya Yang Mahatinggi. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan. Al-Lail : 14-21.
Bilal bin Raba ra*
AHAD, AHAD, AHAD….itulah sebutan yang tak lepas dari mulutnya walaupun ia diseksa begitu teruk oleh tuannya Umayyah. Bilal bin Rabah al-Habsyi dari Ethiopia, dijemur di tengah panas terik, ditimpa batu di atas dadanya dan disebat dengan cabuk, tidak pernah berganjak imannya walaupun beliau diseret mengelilingi pergunungan Mekah. Deritanya berakhir apabila Abu Bakar ra membelinya kemudian memerdekakannya.

* Begitulah kisah jerit pedih parah sahabat pada awal kurun perkembangan Islam yang di petik dari buku – THE GREAT STORY OF MUHAMMAD SAW.
Renungkanlah segala penderitaan yang mereka alami begitu dasyat sekali rasanya, tetapi kekukuhan iman mereka tetap tidak berganjak dan tidak beralih walaupun diseksa sedemikian rupa. Allah SWT senantiasa merahmati dan meredahi mereka dunia dan akhirat.
Cuba bayangkan jika kita berada di dalam keadaan itu, merasa apa yang mereka rasai, menderita sebagaimana mereka derita……
Adakah kita akan sekuat mereka?