Muhammad bin Abdullah Rasulullah s.a.w

Tiada kata secantik bahasa untuk ku puji mu wahai Rasulullah

MARHABAN MARHABAN AHLAN WA SAHLAN

Muga-muga Allah mensejahterakan Muhammad s.a.w,
Muga-muga Allah mensejahterakan dan menyelamatkan beliau,
Selamat datang, hai Rasul, selamat datang,
Selamat berdekatan dan selamat sampai,
Telah terbit bulan purnama pada kami,
Daripada jalan yang bernama Wada’i,
Dan kami melihat cahayanya bersinar,
Lalu cahaya itu menerangi bumi,
Kami wajiblah mengucap syukor,
Selama ada orang menyeru ke jalan Allah,
Wahai Rasul yang diutuskan kepada kami,
Engkau membawa panduan untuk ditaati,
Dan kesukaan serta kegembiraan telah tiba,
Wahai Nabi yang mempunyai ajaran yang memuaskan,
Engkau penolong kami sekelian,
Wahai Nabi yang empunyai perangai yang elok, selamat datang.

Wahai Rasulullah, kami datang kemari untuk menjumpai mu,
Kami menharapkan dari mu shafa’at di sisi Tuhan sekelian alam kelak,
Berilah perlindungan kepada kami serta hapuskan pertengkaran yang buruk-buruk,
Dan tolonglah kami sekelian di hari Mahshar,
Dan tolonglah kami ketika kesusahan, hai penolong orang-orang yang memohon,
Dan kesejahteraan Allah sentiasa untuk Nabi penyinar bumi,
Muga-muga Allah mengurniakan selamat dan sejahtera kepada Muhammad s.a.w
Dan juga kepada keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekelian,
Selagi dan selama ada orang yang berusaha kerana Allah,
Muga-muga Allah mengurniakan selamat dan sejahtera kepada Muhammad s.a.w.

***************************************************************

YA ALLAH,KURNIAKANLAH KEBAHGIAAN DAN KESEJAHTERAAN KEPADA CAHAYA BAGI SEGALA CAHAYA, DAN RAHSIA BAGI SEGALA RAHSIA, DAN UBAT BAGI SEGALA PENYAKIT, DAN ANAK KUNCI BAGI PINTU KESENANGAN IAITU IALAH PENGHULU KITA MUHAMMAD YANG TEPILIH DAN KELUARGANYA YANG BERSIH DAN SAHABAT-SAHABATNYA YANG BANYAK MEMBUAT KEBAJIKAN SEBANYAK BILANGAN NI’MAT-NI’MATMU DAN KELEBIHANMU. – Selawat Nur

Ada bagiku lima dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit, mereka itu ialah Nabi yang terpilih, Ali yang diredhai, Fatimah dan kedua anak mereka ( Hassan dan Hussain)