Blog Archives

Lanjutan Dari Kenangan Di Tanah Jawa

Lanjutan Dari Kenangan Di Tanah Jawa

Jakata

Pada tanggal 23 November 2009, kami meninggalkan tanah air terbang ke Jakarta. Satu malam kami di sana dan memilih hotel yang berhampiran dengan Station Kereta api Gambir. Tempat pertama yang kami kunjungi ialah Tugu Monas semantara menunggu kereta api malam menuju ke Jogjakarta.

Jogjakarta

Waktu subuh kereta api sampai di Station Tugu Jogja, mengikut rancangan ‘master mind’, kita ke Jalan Kaliurang km 5 untuk menyewa kereta di Alif Transport Company. Dalam perjalanan menuju ke Kaliurang kami terpaku melihat dari jauh tersergam indah sebuah gunung begitu tinggi mencakar langit, gunung apakah itu, kami tertanya-tanya. Rupanya itulah gunung merapi yang mengeluarkan laharnya tempohari.

wisma-marta hotel

wisma-marta hotel

Kami menyewa kereta Toyota Avanza, dua diantara kami yang ada lesen memandu, sudah tentu ‘master mind’ yang memandu menuju ke Hotel Wisma Marta. Petang itu adalah petang Hari raya Idul Adha, takbir yang bermula dari waktu Maghrib jelas kedengaran dari masjid-masjid yang berdekatan, takbir yang dilaungkan tidak putus-putus hingga ke waktu Asar, Subhanallah meriahnya suasana ketika itu. Setelah makan malam, aku mulakan tugasku-mencuci pakaian kotor dengan bantuan anak-anak gadis dan anak bujang yang masih di bawah umur dan bapanya untuk menjemur.

Hari ke dua, Hari Raya Idul Adha. Kami melawat ke Prambanan dan Borobudur. Di Prambanan aku tergoda dengan makanan yang bernama pecel leleh, ingin sekali mencobanya tetapi setelah dihidangkan aku bertanya dengan penjaja itu “Ini pecel leleh, ini pecel leleh?” berkali-kali. Hai, aku ni jadi bahan tertawa mereka dibuatnya, kerana nak sangat cuba pecel leleh,laa.. leleh-leleh ikan keli rupanya, pecel tu sambal kacang.

parang-tritis-beach

parang-tritis-beach

Hari ketiga, hari terakhir kami di Hotel Wisma Warta. Check-out pada jam 12 tengahari pergi ke Pantai Parang Tritis, aku ingin sekali ke tempat ini, laut selatan atau terkenal dengan panggilan Queen of South ‘Nyi Roro Kidul’. Pasir pantai itu agak ganjil, halus dan warna kehitaman.

 

Solo – Tawangmangu

Perjalanan kami menuju ke Solo melalui gunung Kidul, jalan yang berbelok-belok itu membuat aku mula rasa mual, mabok… bila nak sampai ni? Bukan aku aje…kami yang duduk dibelakang semuanya mengalami nasib yang sama – ‘except for those men who at the front seat’. Obat untuk kami Antimo!!!

Satu malam di Hotel Superman Solo, info dari hotel itu, Gunung Lawu berdekatan dengan Solo.Wah.. gunung lawu itu ada sejarahnya, Madangkara dan rajanya ialah Brama Kumbara. Kisah Laksmini, Manthili dan Kakang Brama semuanya di situ.

Kami tidak melepaskan peluang melawat ke Kraton Solo, di dalam kawasan Kraton pelawat tidak dibenarkan memakai kasut dan alas kepala: songkok untuk lelaki, dan pasir di sekitaran Kraton adalah pasir dari pantai Parang tritis. Dari Kraton kami terus menuju ke Tawangmangu.

villa-bonita

villa-bonita

Hujan lebat ketika kami sampai di Tawangmangu pada hari Sabtu, jalan raya yang sesak dan curam membuat kami tidak dapat banyak pilihan untuk menyewa hotel budget dan akhirnya kami bermalam di Villa Bonita  harganya setengah juta untuk satu malam kerana hujung minggu. Setelah check -in ada seorang penjaja menanti di luar pintu kami, dia menjual satay dan aku berpeluang memakan satay arnab yang sememangnya tidak ada di tempat aku.

Kami memang tidak sempat untuk mendaki ke puncak Lawu tetapi kami hanya bermandi di air terjun Grojogan Sewu pada hari Ahad setelah check-out. Uniknya di tengah kolam itu ada ketulan batu-bata yang kelihatannya seperti kepala naga separuh tenggelam, kerana hujan kami diarahkan keluar dari kawasan itu demi keselamatan. Sayangnya foto naga tidak sempat dirakamkan.

Ingin melihat naga klik di sini

Alas Ketonggo

Kami meneruskan perjalanan ke Ngawi, tujuan kami ke Alas Ketonggo atau terkenal sebagai hutan Srigati. Apa yang diberi tahu, di Alas Ketonggo tiada penginapan atau hotel tetapi ada tempat untuk berteduh dan boleh aje bermalam di sana. Kerana hari sudah malam dan kami pun tidak mahu menanggong resiko bermalam di sana, kami pun mencari hotel di Ngawi.

Setelah sarapan dan chesk-out, kami ke Alas Ketonggo.Ini adalah kali kedua aku kesana, pertama kali pada tahun 1992 bersama rombongan khas untuk melawat ke tempat itu. Ada sebuah warong yang berhampiran sungai, kepunyaan seorang tua bernama Batu Gunung, beliau memang kenal dengan ketua rombongan kami dulu. Banyak keterangan yang kami dapat daripada beliau seperti air sungai di sini datangnya dari air terjun gunung Lawu, di mana makam Darmawulan, makam Jaka Tinggkir dan banyak lagi perbualan kami bersama.

Menghabiskan masa berendam dalam sungai, perigi yang pernah aku lihat ada kepala ular dulu masih ada lagi di situ cuma ia kelihatan lebih sempit sekarang dan terjumpa sebuah gua pertapaan Gua SIDODADIBAGUS.

Naik ke atas menyalin pakaian di dalam kereta dan minum kopi panas sebelum meneruskan perjalanan ke Kediri.

Kediri

Kediri adalah tempat asal Pengeran Agung Djoyo KesumoDiningrat bersama anaknya Radin Mas Ayu. Sejarahnya makam beliau ada di Singapura. Di sini juga pusat Gudang Garam, Peria Punya Selera yang popular tu…

Tiga hari dua malam di sini bukan untuk berehat tetapi mencuci pakaian kotor dan yang paling seronok kami dapat melawat makam Darmawulan di Trowulan tidak jauh dari sini. Makam beliau bersebelahan dengan puteri Campa isteri pertamanya. Darmawulan adalah hero di zaman Majapahit yang berjaya menentang Mina Jinggo, kerana itu Ratu Majapahit mengambilnya sebagai suami dan aku tertarik dengan kisah cinta beliau dengan Anji Asmaro.

Tosari – Mount Bromo


Mount Bromo adalah destinasi selanjutnya, mahu ke sana mesti ikut jalan ke Probolinggo tetapi setelah aku amati peta ke sana aku dapati ada Bandar Tosari  yang lebih dekat dengan Mount Bromo. Kami ikut jalan ke Tosari.

bandar tosari

bandar tosari

Menyewa bilik di rumah orang jauh lebih murah dari menyewa hotel, kami myewa dua buah bilik. Kesejukan di sini lebih hebat jika dibadingkan dengan keadaan di Gunung Lawu. Tapak kaki aku tak tahan pijak lantai rumahnya yang seperti ice.

Pada jam 4 pagi kami dijemput dengan sebuah jeep oleh pemuda bernama Bagong menuju ke puncak Mount Pananjakan untuk melihat matahari terbit dan melihat Mount Bromo. Di atas sana sebelum matahari terbit tak tahu macam mana nak cerita sejuknya keadaan di situ, walau pun begitu aku masih boleh bertahan sehingga matahari naik dan dapat bergambar sepuas hati. Kita ke pasiran dengan menunggang kuda, kami dibawa hingga ke kaki gunung Bromo. Tangga disiapkan untuk mendaki ke puncaknya.

Bayuwangi – Bali

ferry ke bali

ferry ke bali

Bayuwangi  penghujung Jawa Timur, dari situ jelas kelihatan pulau Bali. Menyeberang dengan ferry dari Ketapang Bayuwangi ke Gilimanuk Bali, tanpa map kami merentas pulau Bali walaupun kita semua tidak tahu mana-mana tempat yang menarik di Bali, kecuali satu tempat yang pernah aku tonton di tv, gua ular suci dan ada sebuah candi di tepi pantai tapi aku tidak tahu nama dan di mana tempat itu.

Hujan semakin lebat, kami berhenti rehat di sebuah danau, Lake Beratan di Bedugul. Sambil bertanya sekeliling apa mana dan di mana tempat gua ular itu berada. Yes!!! Tanah  Lot nama tempat tu.

tanah lot

tanah lot

candi tanah lot

candi tanah lot

ular suci

ular suci

TANAH LOT… Here I come!!! Pemandangannya memang lumayan dan asyik melihat matahari terbenam. Candi yang dikelilingi air masin menjadi tumpuan ramai kerana ia mengeluarkan sumber matair.

Ferry terakhir dari Gilimanuk ke Ketapang pada jam 11.30 malam. Sampai di hotel lewat tengah malam. Aduhhh….jemuran kami basah kuyup ditimpa hujan!!!

Bodowoso -B’lawan


perjalanan ke blawan

perjalanan ke blawan

Blawan lembah yang kecil tetapi mempunyai sumber alam yang hebat, kolam air panas, air terjun, kolam Darmawulan, Gua kapor dan air sungai yang hangat dan bewarna biru. Kami merentas jalan ke sana dengan melalui jalan Taman Wisata Kawah Ijen dan Sempol. Amat payah perjalanan itu.

Pak Tor, penjaga kawasan itu mempelawa kami bermalam di rumahnya dan menghidangkan makanan untuk kami. Hanya satu malam kami di rumahnya, tempat yang 100% asli . Esok hari setelah mandi sekali lagi di kolam air panas teruskan perjalanan ke Jogja. Oh ya kolam air panas ini mereka campurkan dengan air sejuk, kalau tak … rendam telur boleh jadi telur rebus katanya.

penginapan di blawan

penginapan di blawan

Pulang ke Jogja

Dari Blawan kami terus ke Joga tanpa berhenti, kecuali  makan. Masa ni barulaa.. ‘2nd driver took over’. Sebelum kereta sewa dikembalikan, kami ke Klaten untuk mencari makam Jaka Tingkir tapi malangnya tidak jumpa. Hilangkan penat selama dua malam, oppss kerja jalan terus …mecuci dan tak lupa ke Malioboro.

Sambil menunggu kereta api berangkat ke Bandung pada sebelah malam, siangnya pergi menonton wayang ‘new moon’ boooringgg,  biasalah anak-anak muda yang minat.

Bandung

Tiba di Bandung terus tuju ke Pasir Kaliki untuk  mencari hotel tapi sememangnya kami mendapat….. Nasib yang malang!!!! Hotel budget tak ada yang kosong dan kita duduk di tepi jalan sampai tengahari, nasib baik ada penjaja menjual  soto, itulah makanan pertama masuk perut kami dan dengan murah hati dia memberi kita tea O tanpa gula, ohhh… lega rasanya.

Akhirnya hotel yang kami dapat berhampiran dengan station kereta api Bandung. Hasrat untuk menyewa kereta pun tergendala, mengikut undang-undang mereka(tak taulah aku siapa yang bikin) nak sewa kereta mesti dengan pemandunya sekali , OK no car!!!

tangkuban perahu

tangkuban perahu

tangkuban perahu

tangkuban perahu

 

4 hari  di Bandung, sudah tentu ke Tangkuban Perahu pergi pagi balik petang. Kami pergi ke Cihampelas dengan berjalan kaki, hehe balik dah tak larat nak jalan lagi. Pasar Baru ‘the best place for budget shopping’. Alun-alun sebuah taman dan tempat permainan kanak-kanak bersebelahan dengan Masjid Raya Bandung.

Jakarta

anchol

anchol

Kembali ke Jakarta dengan kereta api, sampai hari hampir petang berehat aje di hotel, kerana esok kita akan ke Anchol.

Satu hari menghabiskan masa di Anchol, seronokkkk…walaupun masa balik salah satu teksi yang kita naik sesaattt!!! Setelah makan malam, pulang ke hotel dan mengemas untuk berangkat pulang ke tanah air esok.

Pulang ke tanah air

Berakhirlah pengembaraan kami, hampir satu bulan lamanya di Tanah Jawa. Segala peristiwa pahit dan manis sepanjang perjalanan ini menjadi memory yang indah bila dikenang kembali dan peluang seperti ini begitu tipis untuk berulang lagi.

Banyak lagi gambar di Jawa aku postkan di FLICKR