Blog Archives

Bercuti Ke Tanah Tinggi

Sekolah dah nak bukak, seminggu aje lagi. Cepat betul masa ni berjalan, selama 1 bulan 2 minggu masanya habis gitu aje. Belum puas berehat, ‘bukan aku yang rehat, tapi anak2’.

Hujung November sempat jugak kita pergi ‘holiday’ walau pun tak semua anak2 yang ikut.

3 tempat tanah tinggi, kita pergi dalam masa 5 hari.

2 malam di Irish Apartment, Brincang Cameroon Highland.
Tiba di sana pada waktu Maghrib, setelah check in dan buat apa patut, terus ke Brincang Night Market. Seperti pasar malam biasa, cuma di sini keistimewaannya penuh dengan strawberry, sampai baju pun gambar strawberry.

IMG_3644

Kesokan hari, kita mulakan perjalanan dari atas ke kawasan Blue Valley.
K.C. Kwang & Sons Grape & Tomato Farm di Blue Valley. Jarak diantara ladang ini ke sempadan Kelantan hanya 2.5 km sahaja. Di sini bukan hanya ladang anggur tetapi ada tomato dan beberapa jenis sayur-sayuran.

Diantara sayur-sayuran yang di export ke Singapura, ada dijual di NTUC, SHENG SIONG dan juga di pasar-pasar… labelnya jugak Pasar.

 

Image result for NTUC pasar vegetable tomatoImage result for NTUC pasar vegetable tomato

 

Cameron Adventurous (Kuala Terla Tea Plantatiom). Menaiki 4×4 Safari untuk sampai ke puncak. Cameron Valley Tea.

 

Cameron Lavender Garden, seperti di alam fantasi. Bukan hanya taman bunga lavender sahaja di sini, tetapi berbagai macam jenis dan warna bunga serta perhiasan yang memukau mata yang memandang.

 

Gambar kiri, Parit Fall dan gambar kanan, Robinson Fall.

 

Strawberry ada di mana-mana, ada dijual di pasar malam Brinchang dan pasar pagi Kea Farm. Ladang nya merata tempat. Tapi yang paling istimewa sekali, silakan petik sendiri buahnya, 100 gram dengan harga RM 6/7.

 

Hari ke 2 dan yang terakhir di Cameroon. Check out jam 10 pagi, singgah di  Tanah Rata untuk mendapatkan barang-barang keperluan sambil menikmati pemandangan yang indah dan cuacanya yang sejuk dan nyaman … 18 darjah Celcius.  Itulah suhu cuacanya selama 2 hari kita di sana.
Satu lagi Cameron Valley Tea Plantation di Tanah Rata.

9

 

Meneruskan perjalanan mengikut laluan Ringlet – Sungai Koyan dan Raub.
Pemandangan yang cukup lumayan walaupun laluan di sini sunyi sepi. Kita merentas bukit dan gaung tetapi yang perlu di beritahu ialah hampir sepanjang perjalanan – hp conection terputus…NO SERVICE.

 

Dalam pukol 2 petang kita sampai di Fraser Hill. Untuk 2 malam, kami menetap di Banglo Abu Suradi, di sebelah kirinya Masjid Sultan Mahmud dan di sebelah kanan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser.
Di sinilah tempat yang sesuai untuk berehat dan menenangkan fikiran, walaupun tak ada banyak aktiviti, hanya banglow-banglow mewah yang sebahgiannya boleh disewa. Sesuai juga bagi para pecinta alam, kerana banyaknya spesies tanaman, hewan, burung-burung dan aktiviti trekking.

Kerana sekarang ini musim hujan dan banjir, aktiviti trekking ditutup sehingga 31 January 2018. Suhu cuaca di sini mencecah 17 darjah Celcius.

 

Berkuda, bersumpit, memanah, bermain golf  tak-tak, menaiki perahu dan memberi makan ikan-ikan peliharaan.

Fraser 17 (12)

fraser 17 (11)

 

Air terjun Jeriau juga di tutup demi keselamatan

Fraser 17 (13)

Restoran dan kedai-kedai yang dahulu lokasinya di Puncak Inn hotel berhadapan dengan Clock Tower, sudah berpindah ke kawasan taman awam dan kanak-kanak bersebelahan dengan Klinik Kesehatan.
Bangunan di atas bukit itulah kedai makan dan kedai runcit. Jelas dilihat dari Banglo Abu Suradi, ikut anak tangga untuk naik ke atas.

 

Setelah genap 2 hari 2 malam, kita teruskan perjalanan mengikut laluan ke Kuala Kubu dan Batang Kali. Perjalanan yang cukup menyiksakan, tapi kali ini aku berjaya, naik dan turun aku berjaya kerana tak muntah walau pun aku mabok darat akibat dari jalannya yang bengkang bengkok. Pernah tewas 2 kali satu ketika dulu setiap kali pergi dan balik, tapi kali ni Alhamdulillah.
Genting Highland tempat persinggahan selanjutnya. Tujuan ke sana hanya nak naik cable car aje. Bila kita sampai di Genting Skyway, tempat tu kosong tak ada pengunjung yang ada cuma contractor yang sedang berkerje di kawasan tu. Rupanya tempat tu dah tutup, sekarang cable car baru ada di Awana SkyWay jaraknya dalam 2 km dari situ.

Kalau dibandingkan perjalanan cable car yang lama dengan yang baru, lagi best yang lama. Sebab…yang lama perjalannya lebih jauh dan curam, bila sudah berada di tengah-tengah takkan nampak mana hujung  dan mana pangkal, mana tempat station mula dan mana station akhir. Hanya kelihatan adalah tali cable yang memanjang terus dan kereta-kereta yang tergantung sahaja.
Gambar kanan, cable car lama yang terbiar.
Gambar tengah, Genting diselubungi kabus dan angin bertiub kencang.
Gambar di bawah, Station di Genting.

 

 

16

 

Tempat terakhir kita singgah ialah Batu Cave, tak jauh pun dari Genting setengah jam perjalanan.
Dah 3 kali aku ke sini, pertama kali 24 tahun lepas. Keadaannya bergitu berbeza, dulu  kosong … sekarang penuh.

17

18

Dalam pukol 5 petang kita beredar dari sini, dengan terpaksa merempuh jalanraya yang sesak dalam waktu-waktu begini.

Gambar di bawah ni cerita minggu lepas, pergi berkelah di Puteri Fall Gunung Ledang. Kali ini semua ahli keluarga ikut bersama tak ada siapa yang tinggal.

gunung ledang

Bercuti Ke Utara Semenanjung Malaysia

Tahun ini aku sekeluarga bercuti ke utara semenanjung Malaysia.

Seperti biasa kami ke Gunung Ledang ’rumah no 2 kami’ kerana di sinilah selalunya tempat kami bercuti setiap tahun.

Berkemah 1 malam di Kolam Puteri sebelum meneruskan perjalanan kami ke utara.


Destinasi selanjutnya  kami ke Pulau Langkawi.


Menaiki ferry pertama jam 7.30 pagi dari Kuala Kedah. Kami menginap di CD hotel  di Pantai Chenang selama 2 malam.

Makam Mahsuri tempat pertama kami lawati apabila sampai sahaja di Langkawi sebelum check-in hotel.

Oriental Village – Cable Car Langkawi,cafe,pusat permainan dan membeli belah.

Seronok dapat menyuap makanan ke mulut arnab dan rusa, harga makanan hanya RM1.00

Seven Wells Waterfall – Air Terjun Telaga Tujuh. Tak larat nak mendaki sampai puncak, hanya sampai di tingkat 1.

Durian Peringin Waterfall – air terjun 2 tingkat
Air Hangat Village – Telaga air panas kini sedang di dalam proses ubah elok.

Kilim River- Sewa bot RM200 untuk ke Gua Kelawar, lubuk helang dan kolam ikan.

 Kolam Air Panas di Ulu Legong Kedah


Beginilah keadaan tengahari di sini, berbeza dengn waktu malam, sebenarnya kami terlupa membawa camera ketika bermandi di sini pada malam tu.

Berehat di Puncak Banjaran Titiwangsa



Gunung Stong di Kelantan


3 hari di tempat yang sunyi dan jauh dari kesibukan kota. Hanya aku sekeluarga sahaja yang bermalam di resort ini.

Kota Bharu – berjalan-jalan dan membeli belah di Pasar Siti Khadijah, kemudian singgah di Pantai Cahaya Bulan sambil bermain layang-layang.

Our Campsite

This is the place where we go camping in the wilderness

for more photo

here

gunung ledang

rama-rama