Blog Archives

Ismail Haron Meninggal Dunia

Innalillahi wa inna ilaihi raajiu’n.  Al-Fateha

Penyanyi veteran yang mendapat jolokan Tom Jones Singapura, Ismail Haron meninggal dunia  dalam tidur di rumah kakaknya di Jurong West, Singapura kira-kira pukul 2 petang Isnin.
Allahyarham yang berusia 65 /66 tahun tidak pernah berkahwin dan tinggal bersama adik-beradiknya sejak pulang dari Brisbane, Australia pada tahun 2003 selepas 28 tahun berada di sana. Kembalinya ke tanah air disebabkan oleh pujukan dari keluarga dan teman-temannya di sini. Kakanya menyifatkan beliau tidak suka menghampakan orang lain.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Pusara Abadi 2, Jalan Bahar, Jurong, Singapura pada pukul 10 pagi semalam.

Ismail Haron penyanyi lagu Sutra Mulia, pemergiannya merupakan satu kejutan bagi saya kerana saya baru upload lagu Sutra Mulia di YouTube minggu lepas dan juga memuatkannya di blog ini Mencari Sutra Mulia dan hampir setiap hari saya memainkan lagu itu berulang kali. Saya memang meminati lagu itu sejak dari dulu kerana lyriknya yang unik.
Sutra Mulia satu lagu yang istemewa, mengisahkan seseorang mencari kehidupan yang sebenar, menuju kepada ketuhanan dan melambangkan dunia ini hanya tipu daya belaka.

Mati itu pasti tidak kira bila samada kita di dalam keadaan sakit atau sehat, di mana dan kepada siapa sahaja. Kita wajib menunggunya walaupun kita meneruskan  kehidupan kita seperti biasa selagi hayat di kandung badan.

Guru dari ulama Fudhail bin Iyadh ini pernah mengungkapkan bagaimana kerinduannya dengan yang bernama kematian. “Kalau saja kematian bisa aku temukan, maka aku akan menghampirinya. Dan kalau saja ada yang menjual kematian, niscaya akan aku beli.”

Ubadah bin Shamid r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Allah berfirman: Apabila hamba-Ku senang untuk bertemu dengan-Ku, Aku juga senang untuk bertemu dengannya. Dan jika dia tidak suka untuk bertemu dengan-Ku, Aku juga tidak suka untuk bertemu dengannya.” (HR. Bukhari, hadits shahih)

“aku ingatkan aku, rupanya dia dulu”