Ummul Mukminin Sitti Khadijah r.a

Ummi Khadijah r.a  adalah golongan As-Sabiqunal Awwalun (yang pertama memelok agama Islam). Sahabat  pernah bertanya kepada beliau, ” Sholat yang bagaimanakah yang pernah diajarkan oleh Nabi kepada mu?”  Beliau menjawab, “Sholatud Daim.”  maksudnya sholat yang tak putus-putus. Menurut Hadith Shahih yang diriwayatkan oleh Muslim, ketika itu Rasulullah menyahut: ” Aku telah dikurniai kecintaannya…” Pada ketika yang lain Rasulullah menjawab, “Demi Allah, Allah tidak memberi kepadaku penggantinya yang lebih baik. Ia beriman kepadaku di kala semua orang mengingkari kenabianku. Ia membenarkan kenabianku sewaktu semua orang mendustakan diriku. Ia menyantuniku dengan hartanya di kala semua orang tidak mahu menolongku. Melalui dia Allah menganugerahi anak kepadaku, tidak kepada isteri yang lain!

Itulah dia Ummul Mukminin Sitti Khadijah binti Khuwalid radhiallahu anha. Lahir pada tahun 68 sebelum Hijrah, isteri tunggal Rasulullah dan ibu kepada anak-anaknya iaitu Qasim, Zainab, Ruqaiyah, Ummi Khalsum, Fatimah dan  Abdullah. Manakala yang bungsu Ibrahim, Maria ibunya.

Allah pernah menyampaikan penghormatan salam kepadanya melalui Jibril, “Sampaikanlah salam kepada Khadijah dari Tuhannya.” Kemudian Nabi bersabda. ” Wahai Khadijah ini malaikat Jibril, ia menyampaikan salam kepada mu dari Tuhan mu.” Lalu Khadijah menjawab, ” Milik Allah segala keselamatan, dariNya datangnya keselamatan dan mudah-mudahan keselamatan juga dicurahkan ke atas Jibrail.

Sitti Khadijah r.a  wafat pada usia 64 tahun, beliau menyertai Nabi s.a.w hanya selama satu perempat abad. Ia amat disanjung Nabi s.a.w hinggalah kewafatannya merupakan hari dukacita bagi Nabi dan seluruh kaum Muslimin.
Pada hari Fathu Makkah (Makkah jatuh ketangan muslimin) Rasulullah membuat sebuah kubah berdekatan dengan pusara Khadijah r.a dan tinggal di situ seketika sambil mengantau kota Mekkah dan pergi bertawaf sambil memimpin penghancuran patung-patung berhala.

  1. Assalaamu’alaikum BintangZohra..
    Wanita unggul yang menjadi dambaan semua muslimah akhir zaman. Peribadi yang tiada tandingannya sehingga menjadi kecintaan abadi pemuda bernama Muhammad.

    Cinta dan kasih sayang mereka selalu membuat hati ini terharu sehingga mengalir air mata merindui keduanya. Kerana namaku seperti anak kedua yang mulia itu menjadikan aku selalu dekat pada keduanya. Semoga aku akan menemui mereka suatu waktu yang diizinkan Allah SWT Amiin.

    salam mesra dari Sarikei, Sarawak.

Leave a comment