Blog Archives

Bercuti Ke Utara Semenanjung Malaysia

Tahun ini aku sekeluarga bercuti ke utara semenanjung Malaysia.

Seperti biasa kami ke Gunung Ledang ’rumah no 2 kami’ kerana di sinilah selalunya tempat kami bercuti setiap tahun.

Berkemah 1 malam di Kolam Puteri sebelum meneruskan perjalanan kami ke utara.


Destinasi selanjutnya  kami ke Pulau Langkawi.


Menaiki ferry pertama jam 7.30 pagi dari Kuala Kedah. Kami menginap di CD hotel  di Pantai Chenang selama 2 malam.

Makam Mahsuri tempat pertama kami lawati apabila sampai sahaja di Langkawi sebelum check-in hotel.

Oriental Village – Cable Car Langkawi,cafe,pusat permainan dan membeli belah.

Seronok dapat menyuap makanan ke mulut arnab dan rusa, harga makanan hanya RM1.00

Seven Wells Waterfall – Air Terjun Telaga Tujuh. Tak larat nak mendaki sampai puncak, hanya sampai di tingkat 1.

Durian Peringin Waterfall – air terjun 2 tingkat
Air Hangat Village – Telaga air panas kini sedang di dalam proses ubah elok.

Kilim River- Sewa bot RM200 untuk ke Gua Kelawar, lubuk helang dan kolam ikan.

 Kolam Air Panas di Ulu Legong Kedah


Beginilah keadaan tengahari di sini, berbeza dengn waktu malam, sebenarnya kami terlupa membawa camera ketika bermandi di sini pada malam tu.

Berehat di Puncak Banjaran Titiwangsa



Gunung Stong di Kelantan


3 hari di tempat yang sunyi dan jauh dari kesibukan kota. Hanya aku sekeluarga sahaja yang bermalam di resort ini.

Kota Bharu – berjalan-jalan dan membeli belah di Pasar Siti Khadijah, kemudian singgah di Pantai Cahaya Bulan sambil bermain layang-layang.