Misteri Kaabah Sebelum Zaman Nabi Ibrahim a.s

Ahli sejarah menyebut bahawa Kaabah telah dibina semenjak zaman sebelum Nabi Adam a.s.  Ahli arkeologi juga menemui peninggalan yang menunjukkan makkah sudah lama dihuni.
Kebenaran ini dapat dilihat dengan jelas seperti yang termaktub di dalam surah Ibrahim ayat 37, doa Nabi Ibrahim a.s setelah beliau meninggalkan Sitti Hajar dan anaknya Ismail di lembah itu.

رَّبَّنَآ إِنِّىٓ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِى بِوَادٍ غَيۡرِ ذِى زَرۡعٍ عِندَ بَيۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفۡـِٔدَةً۬ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَہۡوِىٓ إِلَيۡہِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَٲتِ لَعَلَّهُمۡ يَشۡكُرُونَ

“Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian zuriat keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman, disisi (berhampiran) rumahMu (Baitullah) yang dihormati. Ya Tuhan kami, semoga mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung (gemar) kepada mereka dan berilah rezki kepada mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.” [14:37]

Menurut riwayat Abu al-Walid al-Azraqi r.h dalam kitabnya Akhbar Makkah, Ka’ab al-Ahbar telah berkata bahawa Kaabah ialah buih yang terapung di atas air selama empat puluh tahun sebelum Allah s.w.t menjadikan langit dan bumi dan daripadanya dihamparkan kejadian bumi.

Mujahid r.hm, “Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan tapak rumah ini (kaabah) 2000 tahun sebelum dijadikan bumi dan asas (tapak) binaannya berada di lapisan bumi yang ketujuh.”

Pertama : Binaan Malaikat

Al-Azraqi meriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin al-Husain r.hm, beliau berkata bahawa Allah s.w.t berfirman kepada malaikat, “Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi. Kemudian para malaikat bertanya: “Apakah Tuhan kami hendak menjadikan di bumi orang yang akan melakukan kerosakan?”

Setelah itu mereka berasa bersalah dan takut dimurkai oleh Allah s.w.t., lalu mereka bertawaf di sekeliling Arasy untuk memohon ampun kepada ALLAH s.w.t.. Kemudian ALLAH s.w.t menjadikan di bawah Arasy sebuah rumah iaitu Bait al-Ma’mur dan ALLAH s.w.t berfirman kepada malaikat agar bertawaf di rumah itu dan bukan lagi di Arasy.

Kemudian ALLAH s.w.t telah mengutus para malaikat supaya membina Baitullah di bumi supaya makhluk di bumi dapat melakukan tawaf sebagaimana makhluk di langit bertawaf di Bait al-Ma’mur.

Kedua : Binaan Nabi Adam a.s

 Al-Azraqi meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a bahawa beliau berkata: “Semasa Adam a.s. diturunkan dari Syurga dan sampai ke bumi, baginda telah berkata: ‘Wahai Tuhan, mengapa aku tidak, mendengar lagi suara malaikat?’ Allah s.w.t berfirman: ‘Semuanya kerana kesalahan engkau wahai Adam.’ Kemudian Allah s.w.t memerintahkan supaya baginda membina Kaabah dan bertawaf mengelilinginya sebagaimana malaikat mengelilinginya Arasy. Adam berjalan menuju ke tapak pembinaan Kaabah.

 Kata Ibn Abbas: “Adam ialah manusia pertama yang mengasaskan al-Bait (Kaabah), Baginda menunaikan solat serta bertawaf di situ. Imam al-Syafi’i r.hm meriwayatkan daripada Muhammad bin Ka’ab al-Qurazi katanya, “Sewaktu Adam a.s menunaikan fardu haji baginda telah berjumpa dengan malaikat. Mereka berkata kepadanya: ‘Sempurnakan haji engkau wahai Adam. Kami telah melakukan haji sebelum engkau semenjak 200 tahun yang lalu.”

Ketiga : Binaan Shith bin Adam

 Binaan ketiga oleh Shith ialah selepas hilangnya kesan binaan Adam a.s. Al-Azraqi telah meriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih bahawa beliau berkata apabila diangkatkan khemah yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Adam a.s daripada perhiasan syurga untuk diletakkan di tapak Baitullah di Makkah selepas wafatnya Adam a.s, anak-anaknya pun membina di tempat itu sebuah rumah daripada tanah dan batu. Mereka dan generasi-generasi seterusnyasentiasa memakmurkan rumah itu sehinggalah ia musnah dalam banjir yang berlaku pada zaman Nabi Nuh a.s.

Perhatian

Tidak terdapat dalil yang sahih tentang tiga peringkat binaan ini. Beberapa riwayat daripada sahabat dan tabiin hanya menyebut peristiwa yang berlaku tanpa menyatakan sumber daripada Nabi s.a.w atau Bani Israel (ahli kitab).

Sumber dan informasi dari kitab :
MAKKAH al-Mukarramah Kelebihan & Sejarah
Oleh : Dr Abdul Basit Abdul Rahman

About bintangzohra

I am who I am and I do what I have to do. My worship, my sacrifice, my living, my dying are for HIM

Posted on May 7, 2012, in Excerpt/Petikan, Sejarah/History and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 9 Comments.

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb, sahabaku Zohra…

    Cerita tentang Kaabah dan sejarahnya tidak pernah membosankan.
    Saya juga memiliki buku ini dan banyak buku-buku lain tentang misteri Kaabah yang ditulis oleh pelbagai penulis dari tempat tumbuhnya iman itu.

    Saya sungguh bersyukur dan rasa kagum saat pertama kali menatap bangunan Baitullah, Kaabah secara berhadapan dan dekat. malah di hari terakhir kaki ini berpijak di bumi Makkah, Allah mengizinkan saya menyentuh tubuh Kaabah dan bersujud berdoa dengan Allah di hadapan kaki Kaabah. Alhamdulillah.

    Subhanallah. Mengalirlah airmata ini tanpa hentinya dan tanpa dipaksa apabila tangan ini menyentuh dan dahi ini bersujud. Pengharapan yang tinggi untuk ke sana lagi, jika Allah menjemput semula. Aamiin.

    Maaf, baru kembali menyapa. Saya jarang blogwalking kerana sibuk tetapi masih aktif di blog sendiri. Mudahan beberapa waktu ke depan, saya dapat aktif lagi berkunjung ke blog Zohra dan silaturahmi antara kita tetap terjalin baik.

    Salam manis selalu dari saya. 😀

    • Mualaikum Salam wr wb,

      Semakin banyak membaca, semakin luas pengetahuan. Untuk sejarah-sejarah penting sebegini saya memang muatkan di blog saya untuk bahan rujukan dan simpanan saya.
      Keinginan mengadap Kaabah dan menziarah maqam Rasulullah saw adalah setiap impian para muslimin sejagat. Sekurang-kurangnya Fatimah sudah berpengalaman dan mudah-mudahan di kabulkan keinginanmu untuk ke sana lagi..Amin.
      Terima kasih kerana menyapa di sini, saya pun begitu Fatimah, akhir-akhir ini saya jarang menjengok teman-teman bloger yang lain.

  2. assalam mu’alaikum salam

    pelajaran yang sangat berharga dan banyak yang saya peroleh

    salam….

  3. Asalamualaikom,,,likeeee like like,,,Bintangzohra Shining like BintgKejjorarr

  4. Kalau adam yang bina kabah, kenapa nabi pada mulanya solat mengadap ke baitulmuqadis?

    • Untuk menjawab pertanyaan anda;

      1 – Di akhir artikel ada menyatakan bahawa ‘tidak terdapat dalil yang sahih tentang tiga peringkat binaan ini’.

      2 – Kaabah yang ada pada zaman Rasulullah SAW adalah hasil binaan dari Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS.
      Rasulullah SAW dan umat beliau mulanya sholat mengadap Baitulmaqdis kemudian beralih mengadap ke Baitullah, perkara ini
      ada dalilnya di dalam surah Al Baqarah ayat 142,143 dan 144.

      Allah memerintahkan shalat dan menghadap ke Masjid al-Aqsha , hal itu dimaksudkan agar menghadap ke tempat yang suci, bebas dari berbagai macam berhala dan sesembahan.
      Ketika itu, kaabah masih dipenuhi berhala-berhala yang jumlahnya mencapai 309 buah dan senantiasa disembah oleh orang Arab sebelum kedatangan Islam. Bila Rasulullah SAW saat itu melaksanakan shalat dengan menghadap ke Masjid al-Haram, hal itu akan menjadi kebanggaan bagi kaum kafir quraisy bahwa Rasulullah SAW seolah mengakui berhala-berhala mereka sebagai tuhan. Inilah salah satu hikmah diperintahkannya shalat dengan menghadap ke Baitul Maqdis (al-Aqsha).

  5. Pembinaa Kaabah seperti yang terpapar semuanya hanya mitos..tiada dalam sejarah…sangkaan belaka..Nabi Ibrahim tidak pernah ke Mekah…cari dalam buku sejarah atau catatan sejarah kuno..tiada menyebut rentang Mekah…ini hanya dibuat-buat…

    • Salam saudara Jenego Karim,
      Saya mendapat artikel ini dari riwayat Abu al-Walid al-Azraqi r.h dalam kitabnya Akhbar Makkah.
      Sumber dan informasi dari kitab :
      MAKKAH al-Mukarramah Kelebihan & Sejarah
      Oleh : Dr Abdul Basit Abdul Rahman.

      Di akhir artikel ini juga dengan terang menyatakan bahawa : Tidak terdapat dalil yang sahih tentang tiga peringkat binaan ini. Beberapa riwayat daripada sahabat dan tabiin hanya menyebut peristiwa yang berlaku tanpa menyatakan sumber daripada Nabi s.a.w atau Bani Israel (ahli kitab).

      Tapi saya tak faham apa maksud saudara bahawa – “Nabi Ibrahim tidak pernah ke Mekah”.
      hmmm…Kalau tak di Mekah, di mana ye Nabi Ibrahim AS tinggalkan Siti Hajar dan anaknya Ismail AS? Di mana air zam zam yg dihentaknya oleh Nabi Ismail dengan tumitnya maka terpancurlah air itu? Dimana Safa dan Marwah yang Siti Hajar berlari-lari untuk mencari air? Dan di mana terletaknya Kabaah yang menjadi kiblat kepada semua umat Islam???!!!

      Inilah sejarah Nabi Ibrahim AS yang dipegang oleh umat Islam diseluruh dunia, berdalilkan Al-Quran dan Hadith.

Leave a reply to bintangzohra Cancel reply